Nama glamour

Followers

Rabu, 15 Disember 2010

INGINKU…



Inginku…

Ukirkan senyuman kepadamu

Tanda perkenalan kita

Inginku…

Kenali dirimu tanda pertemuan kita

Hadirmu telah merubah hatiku

Yang menciptakan keinginan dalam diriku

Yang sebelum ini sudahpun wujud

Namun tidak seperti biasa…

Inginku…

bersamamu setiap masa

Walau kutahu tiada cinta sebelumnya

Hakikatnya aku telah terjatuh dalam fitrah manusia

Yang perlukan kasih sayang seorang insan…

Inginku…

Berteman denganmu

Walau kutahu kisah silammu

Yang masih belum kau lupakan

Biar masa dan takdir yang menentukannya

Kerana aku tidak berdaya memaksamu

Inginku…

Menghiburkan hatimu

Yang ketika ini dalam kesedihan dan duka

izinkanku membantumu merawat hatimu

Agar kau mampu tersenyum kembali

Inginku…

Menjadi pendampingmu

Walau kutahu diriku bukan dambaanmu

Namun, mengertilah engkau

Hanya Allah yang tahu hatimu

Dalam memberikan yang terbaik di dunia..

Inginku..

Mengisi kekosongan hatimu

Walaupun kutahu diri tidak mampu

Menjadi seperti mujahid pilihanmu

Kerana aku hanya sekadar lelaki biasa

Yang berusaha untuk punya apa-apa

Inginku...

Berusaha mengejar cita-citaku

Agar aku dapat memiliki cintamu

Dengan cara yang halal

Seperti keinginan setiap wanita

Inginku..

Jujur dan ikhlas kepadamu

Dalam semua perkara mengenai kekurangan diriku

Kerana dengan itu

Dapatlah menguatkan hubungan ini

Yang terbina tanpa diminta

Inginku…

Mengharapkanmu dengan segala kemampuanku

Yang setakat ini hanya mampu bersabar dan berdoa

Agar pintu hatimu terbuka jua

Walaupun hanya sedikit

Supaya diriku berpeluang membuktikan

Hasratku yang sekian lama terpendam

Inginku…

Menjadi diriku dengan segala kelebihan ini

Agar kau bisa menerimaku seadanya

Walau kutahu mungkin berat bagimu

Menerimaku..

Namun, fahamilah dirimu

Bahawa cinta tidak bersama jodoh

Tapi jodoh sentiasa bersama cinta

Inginku..

Membimbingmu sekadar kutermampu

Dalam menyemai iman dan menuai takwa

Walaupun tidak bertemu di pintu syurga

Cukuplah diriku dapat menyedarkanmu

Kerana aku hanya insan yang tidak sempurna

Inginku..

Sunting dirimu dalam membina

Masjid kebahagiaan bersama iman sebagai landasan

Agar dapat belayar dengan bahtera cinta

Dengan selamat walau badai datang menggunung

Inginku…

Luahkan kepadamu segala isi hatiku

Yang bermula dari hati ke hati

Untuk menjadikanmu srikandi pertamaku

Walau kutahu kau bukan yang pertama

Namun, kuharap dikaulah yang terakhir

Dalam menemani hidupku selamanya

Begitulah inginku…

Namun, inginku ini

Akan tetap disuburkan dengan iman dan takwa

Kerana aku harap Allah sentiasa di hati kita

Kekal abadi selamanya

Dalam mencapai nikmat syurga yang hakiki..

Inginku..

Katakan bahawa kaulah srikandi pilihan nuraniku

Akanku pertahankan pertemuan ini

Dengan kesabaran dan keikhlasan

Aku menunggumu dengan masa dan takdir

Yang akan ditentukan-Nya..

Inginku…

Katakan padamu..

Andai tiada jodoh untuk kau dan aku

Kupasrah dan redha segalanya

Kerana ku telah bersyukur dapat mengenalimu

Wahai srikandiku…

Dambaanku…

Cintaku..

Aku hanyalah sekadar lelaki biasa…

Kau faham itu…

Semoga dirimu bahagia..

Inginku…

Katakan lagi padamu

Bahawa aku tetap menantikanmu

Dengan segala waktu dan peluang yang diberikan

Hanya Doa, Usaha, Istiqamah, dan Tawakkal

Yang aku perlukan

Kuserahkan segalanya pada-Mu jua

Wahai Tuhanku..

Perkenankanlah doaku….

Kerana itulah INGINKU…

[ Ya ALLAH perkenankan DOAku, jadikan kuhalal baginya,

Menemani mimpi indahku, kubertanya: Adakah harus kukata, kusayang dia?

Kucinta dia? Siapalah aku…SEKADAR LELAKI YANG BIASA…] by:Feelhoney

KLIK “SEKADAR LELAKI BIASA” untuk dengar..:(