Nama glamour

Followers

Selasa, 15 Februari 2011

OPKIM '11, PMKUM.

As-Salam........

Cerita bermula sewaktu cuti sebelum bermulanya semester baru...Pada waktu tu adalah seorang kawan ni yg ajak tuk join jgk walaupn sblm ni dah da yg minta tapi ntah ler, rasa malas kot... Tapi lepas fikir2 balik, akhirnya join jgk dan berada dlm unit Protokol, walaupn xbrapa nak sgt...he3,,. OPKIM '11 atau Operasi Khidmat Masyarakat thun 2011 ni dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM)...PMKUM adalah sebuah persatuan di bawah HEP yng khusus untuk mahasiswa Kelantan di Universiti Malaya. Persatuan inilah yang menjadi penyatu dan penggilap bakat kepimpinan anak-anak Kelantan di UM.

Program ni bermula pada 29 Jan - 2 Feb, 2011, bertempat di Kg. Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan. Banyak aktiviti menarik dilaksanakan. Nak cerita semua mmg takkan habis. Jadi, tengok gambar jelh...he3..

Ini gambar kenangan bersama keluarga angkat. Yang sebelah kiri tu kawan dari Akademi Pengajian Islam, UM. Namanya Najmul Kamil dan jadi adik beradik angkatku waktu program itu. Yang uniknya, dia bukan orang Kelantan tetapi orang Perak. Mungkin teruja nak kenal kehidupan di Klate, he3, lagipun sebelum ni, dia dah study di Akademi Pengajian Islam, NILAM PURI. Jadi, dah dua tahun tinggal di Kelantan. Budu dengan ulam-ulaman pun dah biasa bagi dia...Nasi kerabu mmg menjadi kegemarannya.
Yang kanan tu sape??? akulah tu..hu3..
Nama ibu angkat, Halimah Seman rasanya, he3..lupe plak nama penuh...Suaminya takda masa program krn kerja di Singapura, jadi tak sempat jumpa ayah angkat. Yang ada kat rumah, menantu perempuan dgn anak lelakinya dan anak laki bongsu masih bersekolah dlm tingkatan 4 rasanya. Ibu angkat ada buka kedai jual pisang goreng dpn rumah, mmg tiap hari makan..hu3....segan plak mkn free dan kereta Kancil yg digunakn juga jadi pengangkutan kami tuk pergi ke S.K.Kulim dan Masjid Kg. Gong Kulim krn agak jauh jugak rumah keluarga angkat dari sana. Nasib baik keluarga tu ada kenderaan yg lain.

o
Penasihat PMKUM.
Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah
YDP. PMKUM 10/11.
Wan Azfar Syahmi bin Wan Ahmad Ghazali

Setibanya di sana, majlis perasmian berlangsung di S.K. Kulim, dirasmikan oleh Penasihat PMKUM. Beliau agak popular juga dan aktif membantu PMKUM dlm mmberi dorongan dan semangat kpd PMKUM. Kalau yg selalu tgk Program Realiti TV, "PILIH KASIH", mesti ada jer beliau tuk bagi komen..he3..Setelah itu, barulah bermulanya penyerahan anak angkat kpd keluarga angkat masing2 yg telah dipilih...Ada juga 2 3 4 orang pelajar luar yang ikut serta spt dari USM, UUM, dan UniRazak...:)
Program diteruskan pada keesokannya dgn ceramah tuk pelajar2 yg bakal mnduduki UPSR. Memang menyentuh hati dan mengimbau kembali saat sekolah rendah dahulu..huhu3..

Ceramah sedang diberikan dan ibu bapa mendengar dengan baik penuh penghayatan..

Ziarah Kampung
Ziarah kampung untuk berjumpa dengan penduduk dan promote ler apa yg sdng brlaku cam aktiviti2 mnarik OPKIM'11..HE3

Kem Smart SOLAT
Peserta-peserta OPKIM' 11 sedang mngajar cara-cara mengambil wuduk dan solat yang betul kpd kanak2 pnduduk kg trsebut,..hu3.. walaupn ilmu kurang tapi kongsi apa yg tahu..cam ustaz plak..

Ceramah pasai Gejala Sosial Remaja..insaf!!!


Kempen Gaya Hidup Sihat
Hospital, Bomba, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) , dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)

Forum juga mengenai anak2 muda....
insaf lagi...hu3

Kelas Intensif BI.
yg ni mmg xjoin sbb BI kurang fasih...he3..pdhl ajar budak sekolah rendah jer..tp nak wat cmne..hu3

Sukan tuk kanak2 jer...he3, yg lain ada yg main bola vs pnduduk kg.


Gotong-royong kawasan kubur....:'(
Meratap kesedihan kenangkan kematian...hu3, bdk ni brlakon jer...he3
Semoga mndapat keberkatan dgn keikhlasan...

Kenduri (Bekwoh) Sekampung
Gotong-royong apa yg patut...he3..

Makan Time...
Gulai mmg sedap...he3

Gambar Kenangan...

Begitulah ceritanya sedikit sbyk, yg merasa sendirilah yg betul2 merasa suasananya. Hrp dgn tgk gmbr2 tu dpt juga merasa...he3..slps tu, last da mjlis pnutupan tuk serah kmbali anak angkat...nak balik dah!!!! tapi dari rumah xdalh jauh sgt kampung tu, n sblh kg tu rupa2nya kg kawan2ku masa form 6, ada jalan pintas nk pi sana..maknanya xjauh sgt..Insya'Allah ada masa dpt jumpa lg keluarga angkat...
Bila ada jer berita, adalh wartawan...so, jadilh dlm gambar kat bawah ni..:) AKHBAR SINAR HARIAN ruangan Pasir Puteh, 2 Februari, 2011...

Smoga apa yg dilaksanakan mndapat keredhaan ALLAH S.W.T.AMIN....:)