Maafkanku...
Andai menyakiti hatimu,
Tiada niat tuk buatmu begitu,
Kerna aku juga resah dan keliru,
Memikirkan perihal dirimu...
Maafkanku...
Aku cuba tuk memahami,
Kerna kisah silammu yang pernah terjadi,
Aku juga tahu itu bukan seperti kau ingini,
Namun, diriku yang masih ungkit lagi...
Maafkanku...
Dirimu tetap aku percayai,
Kerna kau cuba berubah kini,
Bagi mencari keredhaan Ilahi,
Juga menjaga hubungan ini...
Maafkanku...
Kerna niatku disalahertikan,
Bukan buatmu hilang arah tujuan,
Tetapi membantumu demi Tuhan,
Kerna kita hanyalah insan...
Maafkanku...
Caraku tuk bimbingmu ada kekurangan,
Hinggakan hatimu rasa terkesan,
Kerna aku juga perlukan bimbingan,
Demi mencari redha Tuhan...
Maafkanku...
Aku janji terus percaya,
Harapan Allah tetap bersama,
Kerna aku sekadar lelaki biasa,
Yang akan leka dan jua alpa...
Maafkanku...
Kini aku cuba mengerti,
Apa yang kau ingini,
Namun aku tetap begini,
Kerna hati tetap milik Ilahi...
Maafkanku...
Jika terleka bantulah aku,
Aku juga perlukan bimbinganmu,
Semoga kita sama-sama mampu,
Tuk hidup di dunia yang menipu...
Maafkanku...
Tiada kata lagi selain itu,
Kerna aku cuba tuk kau tahu,
Hatiku tetap sama seperti dulu,
Ingin menjaga hubungan setakat kumampu...
Maafkanku...
Itu sahaja harapanku,
Bagilah peluang dan ruang buatku,
Tuk kau tahu kejujuran hatiku,
Tuk kau tahu niatku...
Maafkanku...
Semoga hati kita tetap pada Ilahi,
Demi menjaga hubungan yang terbina ini,
Kerna kekurangan yang ada ini,
Sama-samalah kita renungi...
Maafkanku...
Itu sahaja aku perlu...
Maafkanku...
Maafkanku...