Assalamuaikum..........salam perkenalan kepada semua, baru berjinak-jinak hendak menulis juga berkenal-kenalan mengenai penulisan blog. Bak kata pepatah Melayu, "tidak kenal, maka tidaklah cinta" dan satu lagi "tidak kenal, maka tidaklah benci". Apa tu? Itulah syaitan namanya..he3.. Sebenarnya, saja hendak mengisi masa lapang dengan menulis apa yang terbuku atau tersirat di hati selama ini, di samping belajar menulis sesuai dengan kehendak dalam bidang penulisan yang profesional. Namun, dalam belajar, sudah pasti ada kesilapan juga kekhilafan yang mungkin tidak disedari, sama ada tersurat mahupun tersirat. Oleh itu, dengan rendah diri, saya sebagai seorang Muslim yang ingin belajar dan terus belajar, ingin meminta maaf sekiranya dalam penulisan yang baru hendak bermula ini akan berlakunya kesilapan yang membuatkan hati seseorang itu terluka dan mungkin terguris walaupun hanya sekelumit. Apa yang akan disampaikan oleh saya pada masa akan datang ini, jujur dan ikhlas dari hati, dan Insya'Allah akan sampai dan menusuk ke dalam hati kalian. Insya'Allah, jika ada pendapat juga komen yang akan diberikan, akan saya jadikan renungan juga pengajaran dalam mengubah diri ini. Ok, sampai di sini sahaja buat masa ini, Insya'Allah akan bertemu lagi dalam penulisan yang akan datang. Amiin...jadikan Allah sentiasa de...........hearty..Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan