Kesepian melanda diriku,
Kerna hati dan perasaan ini,
Terlalu asyik dengan cinta insani di duniawi,
Lantas keliru memikirkan petunjuk Ilahi,
Aku ingin mengerti apakah perasaan ini,
Datang tanpa diminta,
Pergi tidak mampu dipaksa…
Hadirnya bagaikan hujan,
Tidak dijangka bila ia kan datang,
Walau panas tetap jua hujan,
Begitulah hadirnya perasaan,
Namun kumengerti pada saat ini,
Hadirnya tidak mampu aku miliki,
Kerna hidup belum mampu berdikari,
Mampukah aku menjaga hati…
Aku sekadar lelaki biasa,
Sering diuji dengan indahnya cinta,
Terpaut pada kecantikan perhiasan dunia,
Sering diulit rindu yang fana ini,
Dalam menikmati kurniaan-Mu,
Walau cuba jadi yang terbaik,
Namun tetap masih belum kumampu,
Mampukah aku menjaga hati…
Bagiku,
Kau jua mampu seperti bidadari,
Mengharapkan Syurga yang kekal abadi,
Adakah aku cemari impianmu itu,
Kerna keterluahan perasaanku,
Kerna aku tidak mampu jadikan rahsia,
Pasti meletup ibarat gunung berapi,
Mampukah aku menjaga hati…
Walau apa yang terjadi,
Aku tetap berdosa pada dirimu,
Kerna terluah jua akhirnya,
Cukuplah kau mengerti luahan hati ini,
Agar aku bisa menjaga hati,
Untuk mencari keredhaan Ilahi,
Mampukah aku menjaga hati…
Setelah kau ketahui,
Seringkali aku disedarkan oleh dirimu,
Bahwa berharap itu untuk Ilahi,
Kerna Dia yang memberi anugerah,
Ada hikmah di sebalik pertemuan,
Bertemu berpisah itu kerna Allah,
Mampukah aku menjaga hati…
Ahhh!!!
Aku masih tidak mengerti,
Namun, pesanmu sekali lagi terhadap diri,
“Hati-hati menjaga hati”,
Simpanlah dahulu perasaan itu,
Kerna aku masih belum bersedia,
Jika belum mampu,
Usah diluah cinta itu,
Mampukah aku menjaga hati…
Semakin aku fahami,
Kucuba menjaga hati,
Kerna sayang, cinta, dan kasih,
Datangnya dengan ketentuan Allah,
Dia yang menentukan segala-galanya,
Untuk mencapai bahgia nanti,
Mampukah aku menjaga hati…
Aku sudah mengerti,
Namun, tetap aku diuji,
Dengan rindu yang sudah sebati,
Kerna penantian itu satu penyeksaan,
Namun, ketabahan dan kesabaran,
Jua keimanan yang dapat membendungnya,
Mampukah aku menjaga hati…
Andai diberi peluang nanti,
Akan kuluahkan sekali lagi,
Dengan segala kemampuan diri,
Dengan bersedianya diriku,
Dalam memiliki cinta yang halal,
Mendapat restu dari Ilahi,
Agar bersemi kasih nan abadi,
Untuk kita sama-sama berusaha,
Mampukah aku menjaga hati…
Mungkin janji ini satu kesalahan,
Namun, aku janji hanya berharap pada Ilahi,
Dalam menjaga hubungan ini,
Kerna aku pasti akan merasai,
Betapa pedihnya kehilanganmu,
Mampukah aku menjaga hati…
Aku sentiasa cuba fahami,
Agar diriku jua dirimu bisa menjaga hati,
Kerna kita hanya ada sekeping hati,
Anugerah dari Ilahi,
Biarlah jodoh dan takdir yang menentukan,
Kerna Allah Maha Mengetahui hati ini,
Siapalah aku untuk melawannya,
Mampukah aku menjaga hati…
Terima kasih wahai bidadari,
Pesanmu tetap kuingati dan cuba fahami,
Bermujahadahlah dalam menjaga hati,
Hanya usaha dan doa dapat diberi,
Andai kita ditakdirkan bersama nanti,
Maafkan aku kerna kekurangan diri,
Harap dapat berusaha bersama-sama nanti,
Demi mendapat keredhaan Ilahi,
Dalam menjaga hati...
Semoga kita terus menjaga hati,
Demi perhubungan yang terjalin,
Kerna tanpa pertemuan,
Tidak akan terjadinya berpisahan,
Tanpa perpisahan,
Tidak akan berlakunya pertemuan,
Hargailah pertemuan ini,
Agar tidak terjadinya perpisahan…
Pesanmu terhadap diriku,
“Hati-hati menjaga hati”,
Insya’Allah akanku ingat buat selama-lamanya,
Agar aku mampu mengerti,
Dalam mendapatkan cinta yang suci,
Anugerah kepada hati dari Ilahi…
Sekian…
ALLAH berfirman JGN MENGHAMPIRI ZINA, bukan JGN MELAKUKAN ZINA. Kerana jalan untuk melakukan zina itu adalah dengan menghampirinya! Tolong, jgn guna istilah ISLAMIC COUPLE utk mengHALALkan sesuatu yang memang nyata HARAM! Org lain juga punya hati, dan jua pernah berlabuh rasa cinta itu, namun masih ada yang mampu utk menjaganya kerana mereka yakin matinya dalam keadaan merahsiakan perasaan itu merupakan syahid jua dalam melawan nafsu. Enta ingat! Allah akan menguji kita pada titik kelemahan kita, maka jiak titik kelemahan enta adalah pada hati yg mudah tertarik pada WNITA YG HARAM bg enta, maka itulah ujian buat enta. Dan enta rasa enta sudah melepasi ujian Allah itu atau tidak??? Enta sudah tahu tetapi itulah manusia, tahu tetapi TIDAK MAHU kerana dunia ini begitu indah kan??? Indah dgn maksiat dan jahiliyyah...
BalasPadamInsya'Allah sentiasa ingat.. sbb tahulh tidak meneruskan krn mmg masih belum mampu dan brsedia..sedang berusaha mnjaga hati agar tidak trleka..kerana ini ujianlah sentiasa berusaha..
BalasPadamSmemangnya xda istilah COUPLE dlm ISLAM...
Sbgai seorng lelaki, sememangnya akan diuji oleh kaum wanita, justeru itulah sedang berusaha, wanita dlm puisi tu sedar, oleh itu mmberi pesanan agar hati2 mnjaga hati dan simpan dahulu perasaan itu.. wanita ujian tuk lelaki tetapi ada yg dpt mmbuatkn lelaki sedar.. puisi tu dibuat bkn krn nak mnghalalkn yg haram ttp sbgai ksedaran n renungan kpd diri.. sbgai mnusia, tipulh klau xda rasa cinta n syng, krn saya ada rasa itu tp msh blm mampu, sbb itulh berusaha mnjaga hati.. krn sya sedar, x mampu lg, olh itu brusaha tuk mampu nanti.. lbh baik drpd rmai lelaki lain lg yg tdk sedar tntg prkara ni.. kerana kejahilan dlm diri ini msh ada, krn itulah berusaha nk mmbuangnya..msh dlm proses berusaha n msh belajar dan sntiasa belajar.. trima ksh ats nasihat itu.. stp orng ada klemahan, jd krn itulh kita sntiasa diuji dan ujian yg dtng kena tempuhinya juga agar brtmbhnya keimanan..ini baru sdkt ujian, dan hrp2 dpt tempuhinya lagi dgn ujian yg tiba pd masa hdpn..TQ..