Nama glamour

Followers

Khamis, 3 Mac 2011

Debaran Bermula (Nasyid FESENI, UM)

As-Salam...

Sekian lama sibuk dengan aktiviti, baru sekarang cuba 'tuk menulis suka suki hanya untuk berkongsi cerita. Lagipun si 'dia' minta update blog ni, lagipun buka-buka jer blog ni, benda sama jer tengok, lebih-lebih lagi gambar-gambar hati yg menghiasi ruangan blog ini...:)
Malam ini pertandingan Nasyid Festival Seni, U.M. bermula, entah macam manalah nasib kami dari kumpulan Ikhwanul Muslimin, Kolej Kediaman Ketiga bisa menghadapi cabaran dalam pertandingan malam nanti. Untuk pengetahuan semua, nasyid K.K.3 semuanya lelaki, peluang 'tuk menang tempat pertama amat tipis, namun tidak mengapa kerana ada hikmah disebabkan kemusykilan dalam menjaga kesucian agama. Bukan ke suara wanita itu AURAT? semua orang tahu dan kalau dengar jer ceramah kat mana-mana akan disentuh pasal benda tu... Suara wanita bagi lelaki itu aurat, dan kalau sesama wanita tidak menjadi masalah, namun dalam pertandingan nasyid dan seumpamanya menyebabkan ramai lelaki yg mendengar dan mesti ada yg tergoda dan sebagainya. Hendak ceritakan lebih lanjut pun kurang juga ilmu, jadi bolehlah rujuk mana2 yg tahu 'tuk kepastian. Andai tidak tahu, tidak salah 'tuk bertanya.
Kolej-kolej kediaman yg lain sememangnya mantap dari segi vokal, harmoni, gaya, dan sebagainya, mungkinlah kot, lagipun mereka ada tenaga pengajar tidak sama dengan K.K.3 yg biasanya diajar olh senior-senior yg pernah menyertai dan ada ilmu pasal nasyid. Walaupun bergerak secara biasa, namun tetap ingin meneruskan perjuangan nasyid bukan sekadar suka-suka tetapi 'tuk agama kita. Kalau tanya saya kenapa masuk nasyid? Jawapannya mudah, kerana minat yg mungkin bolehlah dikatakan mendalam. Sehari tak dengar nasyid, rasa resah dan tak tenang hidup ini. He3.
Setelah sekian lama berlatih walaupun kolej-kolej lain lagi lama, akhirnya sampailah masa untuk beraksi. Nasyid oh nasyid!!! Walaupun dah ada pengalaman dari sekolah rendah lagi naik atas pentas yg besar dan penuh dengan penonton, namun debaran itu tetap ada. Teringat waktu 'first year' dulu pada pertandingan nasyid seperti ini. Masa mula-mula angkat tangan 'tuk gaya tu, dah terketar-ketar dan rasa gementar, namun lepas tu kami mula 'enjoy' jer. Masuk pun sebenarnya memang hendak menang tetapi jadikan ia sebagai pengalaman dan satu 'platform' 'tuk menjadikan diri kurang rasa malu, gementar, dsbginya.
Pagi ni ada raptai 'tuk persediaan malam nanti. Kena gunakan masa sepenuhnya dan apa yg terjadi malam nanti kuserah pada Ilahi. Moga-moga kami semua tidak terleka dan terus ikhlas dalam menetapkan sesuatu niat. Sampai di sini sahajalh dulu, takda masa dah, nak bertolak ke Dewan Tunku Canselor, UM. Doakan kami berjaya..amin.. TAKBIR!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan