Nama glamour

Followers

Rabu, 27 April 2011

:'( La Tahzan :)


As-Salam










Jika kau rasa gelisah,

Aku juga pernah merasa,

Jika kau rasa lemah,

Aku juga pernah merasa,

Jika kau rasa duka dan hiba,

Aku juga pernah merasa,

Jika kau rasa derita,

Aku juga pernah merasa...


Apa yang kau rasa,

Semuanya pernah kurasa,

Kerna aku juga manusia,

Pernah ada rasa bahagia,

Pernah juga ada sengsara...


Air mata,

Sering berkunjung tiba,

Berkumpul di kelopak mata,

Akhirnya jatuh ke pipi jua,

Tiada tertahan menanggung hiba,

Kerna hati terlalu merasa,

Itulah kesedihan yang melanda...


Menangislah dikau,

Menangislah sepuas-puasnya,

Agar hilang semua resah,

Agar hilang semua derita,

Agar hilang semua duka,

Kerna dunia bukan hanya bahgia,

Ada suka ada jua duka...


Jika kau bersedih,

Jika kau selalu menangis,

Adakah semuanya berakhir?

Adakah semuanya selesai?

Adakah segala derita hilang?...


Aku juga manusia,

Pernah kurasa semuanya,

Namun janganlah lemah,

Janganlah terlalu resah,

Jangan pula terlalu gundah,

Kerna ternyata semuanya ujian,

Dari Allah datangnya hikmah...


Bangkitlah dari kesedihan,

Bangkitlah dari penderitaan,

Kerna putus asa itu dosa,

Selagi hayatmu di sini,

Berusahalah tuk berjaya,

Kelak kau akan bahagia...


Serahkanlah pada Yang Esa,

Kerna hayatmu ketentuan-Nya,

Usah banyak bertanya,

Mengapa diberi derita?

Kenapa aku yang sengsara?

Adakah aku insan hina?

Dan pelbagai persoalan,

Kerna kaulah insan pilihan...


Dalam berjuta insan,

Kau diberi ujian,

Bagi menguji kesabaran,

Bagi memberi ketabahan,

Agar tingkatkan keimanan,

Dan bila kau berjaya,

Segalanya akan terjawab,

Kau pasti merasa bahagia,

Kerna destinasi cinta semakin hampir,

Hampir menuju Syurga,

Syurga yang kekal abadi...


Semuanya bermula dalam diri,

Usah biarkan kesedihan memakan diri,

La Tahzan...

Jangan Bersedih...

Don't be sad...


Rabu, 20 April 2011

"Si Tudung Hitam"

Sebutir bintang di langit,

Mencuri pandangan hatiku,

Dalam meniti hidup sendirian,

Kuperlukan teman istimewa...


Akhirnya kutemui dikau,

"Si Tudung Hitam" kutertawan,

Kerna kuasa-Nya menemukan,

Telah terjalin satu ikatan...


Namun dikau penuh misteri,

Kerna kesabaran dan ketabahan,

Menyimpan seribu satu persoalan,

Kucuba tuk memahaminya...


Dalam senyum manismu,

Terselit suatu penderitaan,

Yang sekian lama kau rasa,

Yang kau jua jadikan rahsia...


Kucuba tuk ikhlaskan hati,

Kujujur dan terima seadanya,

Akhirnya tersemai kasih dan sayang,

Indahnya anugerah Tuhan...


Tiada kusangka yang berlaku,

Hilanglah semua yang terbina,

Mungkinkah hatimu berubah,

Kerna penderitaanmu itu...


Keliru perasaan hati,

Lantaran pantasnya ia pergi,

Tiada sempat lagi tuk pertahankan,

Tiada makna lagi satu keikhlasan...


Kucuba mengerti dan memahami,

Mungkin ada alasanmu tersendiri,

Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui,

Dikau berubah hati kini..


Air mata terus mengalir,

Terkadang rasa khilaf diri ini,

Kerna sering memikirkan,

Kerna risau akan dirimu...


Namun kutahu sesuatu,

Hanya kepada Ilahi aku mencari,

Pinta petunjuk teguhkan hati,

Agar langkahku tidak terleka nanti...


Ku masih percaya pada anugerah ini,

Ku jua percaya pada dirimu lagi,

Semuanya kerna ketentuan Ilahi,

Yang merancang semua ini...


"Si Tudung Hitam",

Dirimu tetap di hatiku,

Walau kau berubah kini,

Kau tetap berada dalam hati...


Kuberdoa dan berserah,

Agar semuanya kembali indah,

Agar penderitaanmu kian berakhir,

Tuk kau bahagia hingga ke akhir...


Ya Allah..

Teguhkanlah hatiku,

Kuatkanlah imanku,

Dalam kesetiaanku terhadapnya,

Kerna kuingin pertahankannya...


Ya Allah..

Aku hanya insan biasa,

Yang pasti punya rasa cinta,

Ikhlaskanlah niatku,

Supaya kekalkan pertalian ini...


Hanya itu yang kupinta,

Tuk kau mengerti bahwa diri,

Sanggup ikhlaskan hati ini,

Sanggup rasai penderitaanmu,

Sanggup menerima ketentuan,

Sanggup tuk bersama...


Semoga kau tidak putus asa,

Teruskan berusaha,

Hilangkan penderitaan itu,

Agar kita bisa bersama,

Agar bahagia sentiasa...


Yakin dan terus yakin pada-Nya,

Kerna hidup kita hanya sementara,

Maaf di atas segala-galanya,

Kau hadir memberiku bahagia,

Memberiku satu inspirasi,

Memberiku satu semangat...


Insya'Allah segalanya akan selamat,

Kerrna kukenalimu dengan kesabaran,

Kukenalimu jua dengan ketabahan,

Kaulah "Si Tudung Hitam",

Terus berada dalam sanubariku...


Amin..

Hadirmu...


Kehadiran dirimu,

Mengisi kekosongan jiwa,

Membuka pintu hati yang terkunci,

Membawa seribu makna dan pengertian,

Kerna selama ini tidak pernah merasa,

Kehadiranmu sebagai teman istimewa…


Kasih dan sayang tersemai sudah,

Dalam senyumanmu yang menawan,

Akhirnya kutahu dirimu berpura-pura,

Bukan berdusta tetapi kau terpaksa,

Derita yang kau alami sudah sekian lama…


Kini kutahu keadaan dirimu,

Ceria dan gembiramu sekadar luaran,

Dalam hati tersirat seribu kesedihan,

Kau tabah dan sabar dalam ujian,

Sayu dan pilu hatiku dengan kisahmu…


Terkadang aku berfikir sendirian,

Perlukah aku biarkan dirimu keseorangan,

Kerna aku satu-satunya yang mungkin mengerti,

Siapa lagi yang begitu faham akan dikau,

Persoalan itu seringkali muncul,

Namun petunjuk Allah sering kupinta…


Sebelum kutahu kisahmu,

Gembira kerna kehadiranmu,

Kerna aku sememangnya ikhlas,

Menyimpan perasaan dalam hati,

Kerna jiwa manusia ini sentiasa sepi…

Ya Allah!

Kutetapkan keputusanku,

Aku tetap ikhlas dalam meneruskan,

Apa yang terjadi sememangnya ditakdirkan,

Kuterima apa jua keadaan sekarang,

Kerna kuyakin adanya hikmah-Mu…


Kehadiranmu tidak pernah menyusahkanku,

Malah aku gembira kerna dapat mengenalimu,

Seorang yang begitu sabar dan tabah dalam ujian,

Kudoakan penderitaanmu kan berakhir,

Kudoakan dirimu sentiasa bahagia,

Kudoakan dirimu penuh kesabaran,

Kudoakan agar syurga menjadi milikmu…


Usah biarkan dirimu dibuai resah,

Usah biarkan dirimu sentiasa sedih,

Selagi Allah bersamamu,

Yakinlah pada-Nya,

Berserahlah pada-Nya,

Cuma pesananku usahlah putus asa,

Sentiasa berusaha cari penyelesaiannya,

Suatu hari nanti akan ada hasilnya…

Insya’Allah…

PERMATA


Anak-anak cahaya mata,

Permata hati ibu dan ayah,

Ibarat kain putih yang suci bersih,

Fitrah insan lahir ke dunia...


Oh ayah..oh ibu...

Corakkan mereka warna yang indah,

Keindahannya diberkati Tuhan,

Agar menjadi anak yang soleh,

Akhlak yang mulia di dalam jiwa,

Kekal sentiasa hingga dewasa,

Terus bertakwa kepada-Nya...


Anak-anak harapan keluarga,

Lenturlah buluh dari rebungnya,

Agar lahirnya tegak penuh keimanan,

Berbakti kepada agama, bangsa, dan negara,

Mencapai kejayaan dunia akhirat...


Dengarlah wahai anak,

Dikau permata yang amat berharga,

Dikau jadi penyeri rumah tangga,

Dikau harapan ibu bapa,

Curahlah baktimu kepada mereka,

Moga hidup aman sentiasa...


Oh permata,

Kau jua kian dewasa kelak,

Sedarlah sekarang sebelum terlambat,

Selagi ibu ayahmu masih di sisi,

Hargai mereka setulus hati,

Kerna dikaulah permata,

Ingatlah kamu selamanya...



Selasa, 19 April 2011

Di Sebalik Lukisan..:'(

As-Salam..


Lama tak update blog ni, sibuk dgn prsediaan mnghadapi peperiksaan akhir tuk sem. ini..huhuhu.. Sebenarnya, sejak akhir2 ini mmg ada masalah hati dan perasaan..siapalh sangka perkara ni akan terjadi.. Selama ini, diri ini cuba tuk ikhlas dan jujur agar timbul rasa kepercayaan..namun, bagaimana dengan orang lain? bagaimana dengan orang yg kita selami ini kita sayang dan kita percayai? adakah benar2 ikhlas dan jujur? Persoalan itu tiada siapa boleh jawab kerana hati manusia, hanya Allah yg tahu...

Begitulah yg bermain di fikiran ini, bukan tidak ingin percaya tetapi sukar tuk mngerti sikap dan perangai seseorang. Manusia sememangnya pelbagai ragam, namun diri ini tetap tidak kisah dan boleh terima seadanya kalau orang tu benar2 ada sebab dan alasan tertentu yg mnjadiknnya begitu.. Rahsia ini biarlah Allah yg tahu dan kalau ada yg tahu pun biarlah sekadar tahu. Kalau mengerti baguslah.

Lukisan-lukisan ini mungkin amat bermakna dan dapat jadikan kenangan. Pelbagai tafsiran daripada lukisan ini. Inilah lukisan dari "Si Tudung Hitam" yg slm ini hadir dlm hidup ini... Biarlah tidak tahu dirinya ikhlas atau tidak, jujur atau tidak,,, yg penting, diriku yg kena istiqamah dlm bersikap jujur dan ikhlas... biarlh kita tiada peluang tuk percayakn orng yg pntg orang tetap percayakn kita...

Lukisan ni, diri ni yg suruh dirinya tuk lukis kerna bakat yg dimikilinya...Waktu tu sebenarnya suka2 shj suruh...huhu..tak sangkalah dilukisnya, tapi mmg hati ini pun nak sgt dilukisnya macam ni..tu ikut kreativitinyalah.. buku yg dipegang tu diri ni beli dah lama lah juga tapi baru baca. Tajuk " Tautan Hati" karya Fatimah Syarha. Bestlah juga cerita pasal muslimah ni..huhu.. baca jer semua asal best tak kisahlah tuk muslimah pun..Sekarang, buku ni dah jadi miliknya sebagai hadiah kerna sudi hadir dlm hidup ni...
Gambar ni telah dicrop jadi kecil dan fokus pada gambar ni jer... Diri ni tak minta dilukis mcm ni tapi mesti ada cerita tersirat di sebalik lukisan ni..huhuhu.. dalam hati memang inilah yg diharapkan nanti.. faham2lah....tapi tak tahulh bagaimana dgn dirinya...hrp ada perasaan yg sama mcm hati ni rasa....


Gambar ni memang trademark dah..huhu.. Jie HeaRty- Hafizie-Jie, HeaR-Dengar, HeaRty-Hati= Dengarlah Hatiku...huhu3.. mcm tulah konon2nya.. yg lagi baik seperti sabda Nabi S.A.W. bacalh sendiri dlm lukisan tu, kat atas blog ni pun ada..sebab diri ni xdalh kacak, xbergaya..lelaki biasa jer yg nak jaga hati sbb Allah tak pandang rupa tau fizikal kita..huhu..

Apa motif ni??? huhu.. aku bukan ustaz tapi seringkali orang panggil "ustaz". Dlm hati mmglh ada keinginan tapi faham2lh, kena byk usaha lagi, gelaran tu xpntng sgt yg pntg diri ni yg kena usaha sentiasa.. xpelh, mungkin dia anggap aku mcm ni.. insya'Allah, klau da jodoh akan cuba tuk bimbing dirimu..:) Akanku bimbingmu sekadar yg kutermampu, mnyemai iman dan mnuai takwa, biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta, cukuplah sekadar teman yg biasa...huhu.. Nur Syahadah-Far East...
Yg ni saja jer frust cikit..huhu..ni gmbr profile fb, yg nilh gmbr asal sruh lukis tapi dah jadi gmbr ustaz yg kat atas plak..hihi3..xpelh, jnji ada juga,,huhu..
"Si Tudung Hitam"

Dirimu banyak misteri walaupun kutelah cuba tuk kenali..huhu.. ntahlah, tak tahu nak cakap apa lg..banyak halangan yg dtng tiba2,,., cuma nak buat pengakuan yg diri ni memang dari dulu sampai skrng tak pernah berubah hati dan perasaan...tetap sama walaupun keadaan dirimu yg mungkin kau anggap tidak mampu dan penderitaan itu amat sukar tuk kau terima sesiapa sahaja,,namun, aku tetap terima dirimu seadanya,...sebab Allah dah aturkan pertemuan ini..
Yang lain tu, tafsirlah sendiri kerna hanya Allah yg Maha Mengetahui...

HARAPAN: Agar hubungan yg telah terbina ini terus berkekalan hingga ke syurga..:) Amin.,., :'(

Selasa, 8 Mac 2011

Kau dan Aku (yoU & Me)

As-SaLaM...

Terimbau kembali kenangan dahulu,

Saat pertama menjejakkan kaki,

Jodoh dan takdir menempatkanku,

Dalam kehidupanmu yang menjadi impian,

Menjadi buruan seorang pejuang,

Mengejar kejayaan demi masa depan…


Hidupku penuh cabaran dan rintangan,

Menjadi perantau meninggalkan desa halaman,

Kerna usahaku telah tercapai,

Namun kutahu kaulah cabaran sebenar,

Perlu kutempuhi dengan kesabaran,

Agar diriku tidak terbuang…


Banggakah aku hidup denganmu,

Hebatkah aku dapat mengenalimu,

Bermain dengan fikiran ibarat tiada tujuan,

Namun syukur sentiasa dengan segala kurniaan,

Kuteruskan berjuang berdikari mencari teman,

Kini semuanya dikongsi dalam satu kehidupan…


Kaulah tempatku berlari,

Walau tersungkur kubangkit kembali,

Kaulah tempat kukenali diri,

Mencari identiti dengan kelebihan diri,

Kaulah tempat utama kumengejar cita-cita,

Kerna itulah matlamat utama,

Kau jua tempat aku kenali cinta,

Mungkin akan membawa bahagia…


Saki baki hidupku tidak lama,

Waktu perpisahan akan berkunjung jua,

Berjalan tanpa henti itulah masa,

Sudah terlukis kenangan bersama,

Suka dan duka menjadi satu pengalaman,

Perbaiki diri mencari arah tujuan…


Cepatnya masa diriku rasa,

Setahun berlalu ibarat sehari,

Bilakah masanya lagi kita kan bersua,

Setelah kakiku kan melangkah pergi,

Mesti kurindu dan kukenang selalu,

Kerna kehidupanmu penuh bermakna buatku…


Masih ada masa untukku ceria,

Mencipta kenangan di bumimu ini,

Mencari pengalaman dengan berusaha,

Kerna pertemuan pasti ada perpisahan,

Sebelum meninggalkan terusku berbakti,

Menyemai kegigihan agar tersemat di hati…


Tiada apa lagi dapat kucoretkan di sini,

Biarlah ia sentiasa di sanubari,

Kerna setiap dari kita punyai ceritera sendiri,

Demi menggapai bintang di langit tinggi,

Namamu selama-lamanya di hati…


Itulah kisah yang tak seberapa,

Luahan hati seorang insan,

Perihal hidup di menara gading,

Dengan harapan semua kan cemerlang,

Sematkan kisah ini di hati,

Yang kuberi nama “Kau dan Aku…”

yoU & Me = UM J