Nama glamour

Followers

Rabu, 15 Disember 2010

INGINKU…



Inginku…

Ukirkan senyuman kepadamu

Tanda perkenalan kita

Inginku…

Kenali dirimu tanda pertemuan kita

Hadirmu telah merubah hatiku

Yang menciptakan keinginan dalam diriku

Yang sebelum ini sudahpun wujud

Namun tidak seperti biasa…

Inginku…

bersamamu setiap masa

Walau kutahu tiada cinta sebelumnya

Hakikatnya aku telah terjatuh dalam fitrah manusia

Yang perlukan kasih sayang seorang insan…

Inginku…

Berteman denganmu

Walau kutahu kisah silammu

Yang masih belum kau lupakan

Biar masa dan takdir yang menentukannya

Kerana aku tidak berdaya memaksamu

Inginku…

Menghiburkan hatimu

Yang ketika ini dalam kesedihan dan duka

izinkanku membantumu merawat hatimu

Agar kau mampu tersenyum kembali

Inginku…

Menjadi pendampingmu

Walau kutahu diriku bukan dambaanmu

Namun, mengertilah engkau

Hanya Allah yang tahu hatimu

Dalam memberikan yang terbaik di dunia..

Inginku..

Mengisi kekosongan hatimu

Walaupun kutahu diri tidak mampu

Menjadi seperti mujahid pilihanmu

Kerana aku hanya sekadar lelaki biasa

Yang berusaha untuk punya apa-apa

Inginku...

Berusaha mengejar cita-citaku

Agar aku dapat memiliki cintamu

Dengan cara yang halal

Seperti keinginan setiap wanita

Inginku..

Jujur dan ikhlas kepadamu

Dalam semua perkara mengenai kekurangan diriku

Kerana dengan itu

Dapatlah menguatkan hubungan ini

Yang terbina tanpa diminta

Inginku…

Mengharapkanmu dengan segala kemampuanku

Yang setakat ini hanya mampu bersabar dan berdoa

Agar pintu hatimu terbuka jua

Walaupun hanya sedikit

Supaya diriku berpeluang membuktikan

Hasratku yang sekian lama terpendam

Inginku…

Menjadi diriku dengan segala kelebihan ini

Agar kau bisa menerimaku seadanya

Walau kutahu mungkin berat bagimu

Menerimaku..

Namun, fahamilah dirimu

Bahawa cinta tidak bersama jodoh

Tapi jodoh sentiasa bersama cinta

Inginku..

Membimbingmu sekadar kutermampu

Dalam menyemai iman dan menuai takwa

Walaupun tidak bertemu di pintu syurga

Cukuplah diriku dapat menyedarkanmu

Kerana aku hanya insan yang tidak sempurna

Inginku..

Sunting dirimu dalam membina

Masjid kebahagiaan bersama iman sebagai landasan

Agar dapat belayar dengan bahtera cinta

Dengan selamat walau badai datang menggunung

Inginku…

Luahkan kepadamu segala isi hatiku

Yang bermula dari hati ke hati

Untuk menjadikanmu srikandi pertamaku

Walau kutahu kau bukan yang pertama

Namun, kuharap dikaulah yang terakhir

Dalam menemani hidupku selamanya

Begitulah inginku…

Namun, inginku ini

Akan tetap disuburkan dengan iman dan takwa

Kerana aku harap Allah sentiasa di hati kita

Kekal abadi selamanya

Dalam mencapai nikmat syurga yang hakiki..

Inginku..

Katakan bahawa kaulah srikandi pilihan nuraniku

Akanku pertahankan pertemuan ini

Dengan kesabaran dan keikhlasan

Aku menunggumu dengan masa dan takdir

Yang akan ditentukan-Nya..

Inginku…

Katakan padamu..

Andai tiada jodoh untuk kau dan aku

Kupasrah dan redha segalanya

Kerana ku telah bersyukur dapat mengenalimu

Wahai srikandiku…

Dambaanku…

Cintaku..

Aku hanyalah sekadar lelaki biasa…

Kau faham itu…

Semoga dirimu bahagia..

Inginku…

Katakan lagi padamu

Bahawa aku tetap menantikanmu

Dengan segala waktu dan peluang yang diberikan

Hanya Doa, Usaha, Istiqamah, dan Tawakkal

Yang aku perlukan

Kuserahkan segalanya pada-Mu jua

Wahai Tuhanku..

Perkenankanlah doaku….

Kerana itulah INGINKU…

[ Ya ALLAH perkenankan DOAku, jadikan kuhalal baginya,

Menemani mimpi indahku, kubertanya: Adakah harus kukata, kusayang dia?

Kucinta dia? Siapalah aku…SEKADAR LELAKI YANG BIASA…] by:Feelhoney

KLIK “SEKADAR LELAKI BIASA” untuk dengar..:(

Sabtu, 11 Disember 2010

Nasyid Feseni K.K.3 UM (2010/2011)


As-SalaM....

Ambil masa kejap tuk mnulis sbb esok dah mula latihan nasyid bg mewakili Kolej Kediaman Ketiga dlm Prtndingan Nasyid Festival Seni UM, Insya'Allah dalam bulan 2 atau 3 pada semester depan...Wlaupun sudah brada dlm tahun 2 pngajian di UM, tapi krn minat yg mndalam dlm bidang seni suara, trutama nasyid ni, jadi masuk juga...lbh2 lagi xrmai yg nak masuk mgkn krn xda masa ataupun xbrapa minat sgt...andainya tak masuk, maka berakhirlah riwayat nasyid kat kolej ni..maklumlah, syarat tuk hantar peserta seramai 12 orang juga dan tdk lbh 24 orang... Masalahnya, nak capai angka 12 tu pun ramai yg masuk krn trpksa n dipujuk dahulu..salah satunya lagi sbb nak dapat markah merit tuk stay di kolej ni pada tahun berikutnya...

Tapi brbeza dgn aku dan bbrapa orng lagi kwn yg masuk bkn krn tu tp krn minat. Walupun tak brapa mndlm tapi skurng2nya ada usaha tuk masuk, lbh2 lagi nasyid ni bukan smata2 nyanyian suka2 tp dpt dijadikn salah satu hiburan yg mndidik jiwa kita mndekati Tuhan yg Maha Esa...Teringat masa first year dulu suka duka dlm latihan..xdalh byk kenangan, nmun ckuplh dpt mngimbau kmbali wktu2 sblm ni, lbh2 lagi trpksa korbankn sedikit masa tuk latihan, nmun takdalh smpai ganggu pelajaran..yg pntg pndai dan bijak mngurus masa..Nak ceriakn pnulisan ini, aku sertakn gmbr2 nasyid semester lepas..he3..Gmbr2 ni diambil sblm Malam Bintang Kurshiah (MBK) kt kolej ke-3 tau kolej yg aku stay skrng ni..Tujuan MBK diadakn bg mmperkenalkn acara2 yg akn dprtndingkn dlm FESTIVAL SENI UM nanti..bukan hnya nasyid, mlh ada pop band, dikir barat, nyanyian solo, tarian, dll...Slain tu, tujuannya tuk mmpersiapkn diri pserta sblm brtanding, manalh tahu slps buat prsembahn ada nmpk kelemahan yg blh dperbaiki lagi....



Sopannya semua....hehehe

Gambar tak byk sgt diambil, nmun ckuplh sbagai bingkisan kenangan yg tak seberapa ni..skurng2nya ada drpd xda langsung...pe2 pun mmg ckup teruja dgn nasyid..itu bagi aku, xthu orng lain...he3..klau sehari xlyn lagu nasyid mmg xsah..xtenang jer hidup ni..aku juga suka kongsi lagu nasyid kpd kwn2..sape2 yg minta, aku bg jer.,malah tnpa orng mnta pun aku bagi sbb aku suka tgk orng yg minat nasyid..lbh2 lagi wnita yg xdalh smpi trleka lyn lagu2 genre lain yg mgkn xda faedahnya..peduli apa orng kata, yg pntng hiburan pun ada baik buruknya..Kalau kita dgr yg xbaik, maka haramlah benda tu n sblknya..fhm2 ler...

Untuk semester ni, aku bukan stkt ajk biasa dlm Feseni ni tp trpksa jd Pnolong Pngarah tau Ktua Unit tuk unit Kebajikan dan Logistik..ingt nak rileks2 jer sbb nak tlong kwn kot aku trima, lgpun mmg nak dptkn merit slh satu faktor,,klau x mmg susah nak stay kolej kt UM ni lbh2 lg, rmai pljr asing dr luar negara bljr kt UM, olh itu mmg pluang nk stay lg sukar sbb mreka tak aktif pun ttp dpt stay..kdg2 rsa cam xadil, tp dah mmg sistem mcm tu..kat bwh ni plak gmbr2 time prtndingan..hu3..syng xda gmbr sndri, lupa nk ambil dgn kwn..ada jer rsanya dlm simpanan mreka..

Sewaktu pertandingan....

Semua gmbr tu pd semester lps, sesi 2009/2010..Kbykn yg masuk adlh senior2 yg dah prnh sertai, sdkt sbyk dpt mmbantu wlupun pd thun lps hnya dpt no.6. Kira oklh juga tu drpd dpt no. last..huk3.. Mohon maaf andai coretan ini tidak berapa menarik, nmun tdk mngapa krn stp drpd kita prlu bljr..sbnrnya bukan xboleh nk mnulis gunakn ayat2 yg power, gaya penulisan profesional, dsbginya sbb aku dah pun bljr tuk mnulis dgn betul tp klau mnulis cara tu msti orng boring tuk baca.. Lagipun, skrng ni aku brada dlm Jabatan Kesusasteraan, jd brbeza dgn orng bahasa..xpe salah sdkt pun bhsa, yg pntg tahu..coretan ni hnya tuk smpaikn msj n kongsi cerita yg diabadikan dlm bentuk tulisan..klau nak dgr lisan boleh jer...jumpa aku ler..ha2..

Setakat ini shj ler coretan ni, lps ni kena fokus pd latihan nasyid, dpt juga hilngkn stress krn baru jer lps exam..hrp kputusan yg ok nanti..smoga kwn2 smua dpt brlatih dgn baik..,.niat mesti betul, bukan smata2 tuk stay kolej tp tmbhkn niat bhwa "aku masuk nasyid ni tuk tarik ramai minat orng tuk beralih kpd bidang nasyid tuk djdkn hiburan spnjng masa, demi agama Islam kita yg trcinta." Walaupun usaha kita kecil, nmun skdr Allah mngetahui HATI kita yg ikhlas, dah ckup brmkna bg seorng yg beriman..jdikn nasyid sbgai hiburan yg mnjadi santapan kita stp masa dan ketika.. Insya'Allah..:)

"I LOVE NASYID"



Jumaat, 10 Disember 2010

Keheningan Malam di UM


AS-SALAM...

Alhamdulillah final exam bagi sem. ni dah abis smlm...lega rasanya, hrp2 dpt kputusan yg lbh baik dr sblm ni...sudah lama tak update blog ni..masa first time buat tu smgt smpai siap ajar kwn lg..tp hangat2 tahi ayam jer..hu3..bukan pe, mgkn xda idea atau byk sgt idea kot smpai xda masa nk fikir lbh2 lg sibuk dgn aktiviti lain trutama di kolej..he3..

Xkshlh, yg pntng dah kmbli ke sini lagi dek kwn2 yg sibuk promote blog masing2, mgkn nak sruh ada yg baca n mlawat..follower pun mkin brtmbah jer..mmm, brbalik pada tujuan mnulis ni, xda apa2 pun sbnrnya hnya nak kongsi citer jer dgn kwn2...

Slps abis jer exam smlm, rasa bebas n merdeka..he3..tp prjuangan blum selesai, msh boleh brubah dgn doa n solat hajat, manalh tahu result kita tu sbnrnya mgkn xelok, jd slps kita mohon doa dgn ALLAH, diperkenankn-NYA utk ubah kputusan tu agr jd lbh baik...

Jadi, slps abis exam, pd mlm tu aku juga 2 orang teman sebilik rasa boring sgt, mlm td slps bacaan Yasin dan Tahlil di surau k.k.3, kami rasa nak kluar jalan2 dlm keheningan malam di sekitar UM..klau sblm ni, slalu jer round2 UM dgn hnya brjalan kaki...walaupun penat tp rasa seronok...oklh tu..Mlm smlm pun kami bertiga ditemani rakan baik, iaitu Ahmad Fikri alias Bobo..he3, sje ajak dia skali, lgpun dia dah abis exam pun...lg rmai mgkn lg best...
Pizul, Mohd, Aku. Bobo

Kami singgah di Bank Islam, dekat bangunan peperiksaan tuk ambil duit...maklumlah, masing2 dah pokai, lgpun sbgai prsediaan nak tambang teksi tuk pulang ke kampung...depan tu trletaknya Dewan Tunku Canselor, jd, alang2 dah berada di situ..smpt posing2 brgambar..sbgai kenang2an sblm brcuti..lgpun, jarang skali dpt brgmbr pd waktu malam..
Sedang berangan brgmbr tuk kulit album..ha2


Bobo pun tak lepaskan peluang bergambar..he3

Malam tu memang sedikit sejuk dgn udaranya yang nyaman, kadang2 menegakkan bulu roma ni..selepas kami beredar dari situ, ada lagi pelajar2 yang teruja ambil gambar pada malam tu. Ingatkn kami berempat jer..ha2..

Aku dan Bobo....

Kat sinilah orng seringkali brgambar mgkn nak nmpk lambang UM tu..masa Convo, mmg tmpt ni jd salah satu latar belakang tuk ambil gmbr lbh2 lagi brsama kluarga...jadi, aku pun mahu mencuba tapi pd waktu malam..nmpk cerah jer gmbr tu tp keadaan sekeliling mmg gelap, hanya lampu jer yg warna oren samar2 bercahaya...

Sebenarnya, kami round2 UM xda tujuan pun..he3..sje jer boring smbil2 ambil duit kt Bank Islam..tp alang2 pegi, bawa kamera skali...Paling lucu pd mlm tu, kami ambil gmbr dkt kwsn dalam bangunan Dewan Tunku Canselor tu..sedar2 xsedar, ada kakitangan tau orang yg brtugas kt dlm tu...orng tu senyum2 tgk telatah kami yg xprasan, asyik leka nak brgambar jer..



Sekadar Gambar Hiasan..hehehe

Rasanya, cukuplah coretanku pada kali ini mngenai keheningan malam di UM...he3..lagipun xda peristiwa aneh yg brlaku pd malam tu..alhamdulillah smuanya ok...andainya msh ada pluang, Insya'Allah dpt pusing2 lg sluruh kwsn UM, lbh2 lagi pd waktu malam...:)

Kenangan diabadikan dlm sebuah tulisan...smoga ikatan prshbtn ini kekal slm2nya..kui3.. wslm..



LAGI-LAGI TAG....


LAGI-LAGI TAG....

Adeh!!! Ada lagi rupanya..tapi xpelh, ni kira tanggungjwblh…mmm, cuba menjawab dgn sjujur2nya…he3

Apa benda yang penting dalam hidup anda?

Benda yg penting tentulah yg disayangi tak kisah apa benda pun…nmun, pling pntng adalah HATI krn klau kita mmpunyai ssuatu yg kita syng sprti keluarga, kawan, atau apa2 benda skalipun tapi andai hati tidak tenang dan tidak ok, smua tu dah tentu tdk brguna..brsyukur dgn kurniaan sekeping Hati…

Benda terakhir pakai duit sendiri?

Lama xbrbelanja, tp sblm cuti raya ada beli buku rasanya Misteri Aneh dan Ganjil 2, smbungn buku satu..xingt tjuk wlupun dh baca…he3..buku tu ada tunjuk misteri2 aneh, makhluk halus, kalimah Allah, dll….lps tu yg slalu beli cam biasalh, air dgn makann..mkn tuk hidup bkn hidup tuk mkn..heh3.

Di mana tempat perkahwinan dan tema perkahwinan?

Klau blh nk jer buat kt hotel mewah ker, ats bukit ker, n tmpt2 yg best2, tp ckuplh kt rumah di kampung jer..lgpun, kan senang smua sdra mara dpt hdir, brulh meriah ckt, klau buat kt tmpt lain mmg orng xkn dtng,..nnti xabis pulak gulai tuuuu…..heh3..

Tema xfikir lg, bincanglh nnti dgn bakal isteri..tp niat di hati nak pasang lgu nasyid kuat2 masa mjlis brlngsung tu..psng lgu cam Kasih Kekasih-Inteam, Pengantin Baru-DeHearty, dll..skurng2nya smua trhibur dgn hiburn mmdidik jiwa...

Adakah anda sedang bercinta sekarang?

Bercinta tu xdalh, mencintai tu ada kot..he3..jujur mmg dah ada lh trpaut hati ni sbb diriku hnya insan biasa xdpt lari dr fitrah..nmun, apakn daya masa tdk bgtu ssuai..biarlh skdr tahu hati ini, andai ada jodoh kan ku sunting bunga di taman, klau xda jodoh kan kupasrah sgl2nya krn takdir yg akn menentukn IMPIAN KASIH…L

“Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan Cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam...”

Berapa lama akan mencintai dia...?

Dia ker si dia?...klau dia, ntah ler…xda orng yg suka kt kita, hu3..skdr lelaki biasa.. cinta slalu jer dtng n pergi..bila pergi ada jer pnggnti..jd, xsmpt kira..scra jujur buat masa skrng ni ada yg trpaut di hati..tp klau blh tiada cinta sblm khwin..yg pntg hubungn tu trus djalinkn..bila dah khwin plak, xprlu fikir berapa lama AKAN mencintai dia..klau blh smpai ke syurga…


Novel, buku, majalah anda beli?

Biasanya beli buku-buku yg da kaitan dgn motivasi, islamik, dsbginya…adalh sblm ni dah beli cam buku Kompas Cinta, 300 Hadis, Aku Terima Nikahnya 1 & 2, Syaitan (tak kenal, maka tdk benci), Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Rahmat di Sebalik Ujian, dll.. maklumlh, ilmu msh kurng lg, dgn mmbaca sdkt sbyk dpt ilmu..biasanya, time nk balik kmpung, adalh beli satu buku tuk baca masa boring2..skrng ni nak cari buku Riwayat Bidadari Syurga-Munif Ahmad (Hijjaz)..tp nk pinjm gn kwn jer klau xjmpa.. buku tu ada lgunya, Bidadari, nyanyian Munif Ahmad..nak dgr, cri jer dlm you tube.. senang citer KLIK pada tjuk lgu kt bwh ni..he3

Bidadari

Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Chorus *

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya di syurga

Namakan orang yang anda hendak jumpa?

Sbgai seorng Muslim, klau blh nk sangat jumpa Rasulullah S.A.W. nmun, apakn daya, diri ni kena byk usaha lagi..hu3..

mmm, yg lain tu klau blh nak jumpa orng yg mampu bimbing diri ni kepada Allah..mungkin seorng isteri yg solehah, pnyejuk di mata, penawar di hati, juga penajam fikiran…J

Adakah anda rajin basuh baju anda sendiri?

Anak sulung msti byk tanggungjwb, klau duk rumah mmg byk jer keja bukan stkt basuh baju, tp cam sapu sampah, cuci kwsn rumah, masak memasak, dll tu mmg slalu jer…x prcaya, tnyalh mama saya..hik3

Di mana tempat anda mahu pergi?

Nak pi Mekah ler, tunaikan haji dan umrah…wajib tu bg yg mampu..hu3

Slain tu teringin nak pi Jepun, tgk bunga sakura yg jatuh brguguran yg hanya sementara shj..msti best,.

Pilih 1, peluk atau cium?

Nak peluk, he3..baru best lagi hangat dr hnya cium jer..ha3..jgn fikir bukan2..peluk bantal golek je ler..

Beritahu 3 benda orang yang anda tag :

Apa yg ditulis smuanya benar dan tiada ada yg tdk benar mlainkn benar2 belaka.

Smoga dapat jadi orng yg jujur dan ikhlas dalam prhubungan.

Smoga sgl impian yg dicita2kn akn mnjadi kenyataan. Amin.

Sekian, xda tag2 lg..heh3

Khamis, 9 Disember 2010

Koleksi Album UNIC

1. Album Sulung : You And I See (2002)

You And I See

When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I will never let you down

Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather

C/o:
No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too

No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See...

Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender!

Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong

Lagu: Abai Os.
Lirik: Syalina Ahmad & Abai Os.
Hijjaz Records Sdn. Bhd.

2. See You Di IPT (2003)


See You Di IPT
Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu

Sepucuk surat kutulis
Menyatakan harapan
Walaupun kukebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun kutetap menanti jawapan

C / O 1:
Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Kuterima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You Di IPT

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

(Ulang C/O 1)

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Dengan segala kesungguhan
Kutimba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman

Andai kau kembali kutemui
Akan kumenuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT

3. Satu Tekad (2005)

Satu Tekad

Berikanku sebaris kata
Untuk kususuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin kubukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga kuturut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"

4. Tika Itu (2007)

Tika Itu

Dan di ketika itu kita
Membina subur nur harapan
Terbina indah mimpiku

Terpatri sebuah ikatan
Hadapi segala rintangan
Indahnya sinar bercahaya

Dan di saat berbicara
Akan tekad yang di jiwa
Berpisah mengejar cita
Yang diimpi sekian lama

Kan kuabadi saat gemilang
Suka duka manisnya kenangan
Bersemadi di ingatan
Mogakan kekal sepanjang zaman

Hanya kuharapkan ketenangan
Melayari hidup sendirian
Dalam mengejar impian
Moga tertakdir rahmat di tuhan

Ku kan tetap bersama menuju impian di cita
Kepuncak kegemilangan yang tiada tara
Saat waktu kitakan pasti bersua akhirnya
Kita kan tetap bersama dalam mengejar cita

5. Langkah Tercipta (2008)


Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian yang seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk kubertahan
Semangat tenggelam lemah daya
Haruskah aku mengalah
Namun jiwaku berbisik inilah dugaan

Dan mataku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkannya ujian di luar kekuatan setiap diri insan

Allah…
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
Kepada-Mu kumeminta

Dan kumohon agung kudrat-Mu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dari-Mu


6. Nur Muhammad- Bersama Inteam (2010)
Binnabil Huda

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
'Alaikassholatu wa'alaikassalam
Wasahbika wattabi'inal kirom...

Binnabil huda nahluju dulhuda
Sanabki 'alal 'aditu lulmada
Bazzalnaddimak wartadhoi nar roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam...

Ya Musthopha RasullAllah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Shollu..Shollu, shollu, shollu...

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad

Binnabil huda nahluju dulhuda
Sanabki 'alal 'aditu lulmada
Bazzalnaddimak wartadhoi nar roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam...

Ya Shafi'ie..Khubbi..Yadi..
Ya RasullAllah.. HabibAllah..
Huwa al-Hadi al-Basyir
Sollu..sollu, sollu, sollu...

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad

Shafi'una..shafi'una..shafi'una..shafi'una..
RasulAlloh..HabibAllah..NabiyAllah..SofiyAllah..Rasulullah..

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad


Rabu, 8 Disember 2010

Budaya Dalam Sesebuah Cerita (Detective Conan)

1.0 Objektif Kajian:

Melihat makna budaya yang terdapat dalam episod cerita Detective Conan yang telah dipilih, iaitu dari sudut watak, pakaian, peralatan, tingkah laku, dan sebagainya. Melihat kesan budaya global yang terdapat dalam episod ini kepada budaya .

2.0 Pengenalan:

Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sesebuah kelompok. Budaya terbentuk dari banyak unsur seperti, sistem agama, politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Budaya adalah suatu pola hidup yang menyeluruh. Budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia. Manusia mempunyai budaya bagi membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai matlamat sosial mereka. Budaya mengandungi informasi tentang nilai, falsafah, pemikiran, dan juga pandangan dunia. Merupakan sistem tingkah laku dan norma dalam masyarakat.

3.0 Latar Belakang Cerita:

Detective Conan merupakan manga dan anime detektif karya Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Shonen Sunday Mingguan sejak 1994. Syarikat Tora Aman menerbitkan komik manga Detective Conan dalam Bahasa Melayu bagi pembaca Malaysia. Versi anime dihasilkan oleh Tokyo Movie Shinsha dan telah menayangkan lebih 450 episod siri televisyen yang masih bersiaran di kaca televisyen Jepun dan 13 buah filem telah pun dihasilkan. Di Malaysia, anime ini disiarkan di TV3 dan juga di Astro Ceria saluran 611 .

4.0 Sinopsis Episod yang Dipilih (Episod 1, Kes Pembunuhan Di Roller Coaster):

Mengisahkan Shinichi terkenal sebagai detektif remaja di bahagian Timur Jepun. Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama "Taman Tropika" bersama Ran Mouri. Dia terlibat dengan kes apabila penunggang roller coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika kepulangannya, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul serta memberinya racun ujian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869) yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah dan menukar namanya kepada Edogawa Conan.

5.0 Hasil Pemerhatian:

5.1 Watak:

Kudou Shinichi /Edogawa Conan:

Kudou Shinichi merupakan seorang detektif yang berusia 17 tahun dan telah berubah fizikal menjadi seorang budak. Seterusnya, beliau telah menukarkan nama sebagai Edogawa Conan. Badannya berubah dan mengecut menjadi kecil disebabkan dia telah dipukul dan dipaksa oleh Kumpulan Baju Hitam menelan sejenis racun yang masih berada di tahap percubaan, iaitu racun APTX-4869. Justeru itu, dia sedang berusaha mencari penawar racun APTX-4869 dan Kumpulan Berbaju Hitam yang memaksanya meminum racun tersebut bagi mengembalikan tubuhnya kepada asal dan membongkar misteri Kumpulan Baju Hitam. Bagi menyembunyikan identiti dirinya, dia kini tinggal bersama sahabat baiknya, Ran dan ayah Ran. Shinichi sangat menyukai Ran, namun, dia tidak berani meluahkan perasaannya. Selain itu, Ran sering memanggilnya dengan gelaran seorang "otaku cerita misteri" kerana selalu membaca cerita misteri atau jenis penyiasatan. Malah, di rumahnya penuh dengan buku-buku jenis tersebut kerana pekerjaan ayahnya sebagai penulis cerita misteri. Di samping itu, dia sangat mengkagumi detektif ciptaan Arthur Conan Doyle - Sherlock Holmes.




Mouri Ran:

Mouri Ran merupakan sahabat baik Shinichi sejak sekolah rendah lagi. Mereka saling menyukai tetapi tidak berani berhadapan untuk meluahkan perasaan masing-masing. Ran merupakan seorang pakar dalam seni mempertahankan diri dan merupakan kapten pasukan karate di sekolahnya. Malah, beliau pernah menjuarai pertandingan karate peringkat Tokyo. Walaupun Ran seorang yang hebat dalam bidang karate, namun dia mempunyai satu kelemahan, iaitu dia mudah takut akan cerita hantu. Dia pernah berkali-kali mengesyaki Conan itu sebenarnya Shinichi tetapi selalunya tidak dibuktikan dan akhirnya akan mengaku Conan itu bukannya Shinichi.


Mouri Kogorou:

Mouri Kogoro merupakan bapa kepada Ran. Beliau bekerja dalam bidang penyiasatan dan menjalankan penyiasatan secara persendirian. Namun, dia sebenarnya tidak mempunyai kemahiran di dalam bidang penyiasatan. Walaupun kurang kemahiran dalam penyiasatan, dia amat berkemahiran dalam menembak dan merupakan seorang pakar dalam seni mempertahankan diri Judo. Selain itu, dia juga pernah mengahwini Kisaki Eri, yang merupakan seorang peguam berjaya. Namun, perkahwinannya dengan Kisaki Eri tidak bertahan lama dan mereka bercerai. Walaupun Mouri Kogorou dilihat agak kurang bertanggungjawab, namun dia amat menjaga anak perempuannya. Selain itu, Kogorou merupakan seorang watak yang kuat minum dan peminat setia penyanyi Okino Yoko.


Profesor Hiroshi Agasa:

Prof Agasa dilihat sebagai seorang profesor yang agak cuai. Namun begitu, beliau banyak mencipta alatan yang membantu Shinichi. Walaupun ciptaannya gagal, dia tetap berusaha sehingga ciptaanya berjaya. Selain itu, Prof.Agasa juga merupakan jiran Shinichi sejak Shinichi kecil. Di samping itu, jika ada masa terluang, beliau sering membawa Pasukan Detektif Muda keluar bermain, berkhemah, dan bertindak sebagai penjaga mereka dalam setiap ekspedisi yang dijalankan oleh mereka.

Kojima Genta:

Merupakan rakan kepada Ayumi dan sering kali mendakwa dirinya sebagai ketua Pasukan Detektif Muda atau Detective Boys, atau nen Tantei . Kojima Genta merupakan seorang watak yang berbadan besar. Selain itu, Genta juga digambarkan seorang hanya pentingkan diri, sering mendakwa dirinya betul kuat makan. Namun, Genta juga seorang yang turut mementingkan persahabatan. Genta merupakan ketua kelas 1B.

Tsuburaya Mitsuhiko:

Mitsuhiko merupakan sahbat baik kepada Genta dan Ayumi. Mereka merupakan rakan sekelas dan Mitsuhiko merupakan seorang yang pintar dan pandai menggunakan komputer. Selain itu, Mitsuhiko juga minati Ayumi dan Ai Haibara.

Yoshida Ayumi:

Ayumi merupakan seorang gadis kecil yang menjadi kawan baik kepada Conan, Genta dan Mitsuhiko. Selain itu, Ayumi merupakan satu-satunya ahli perempuan dalam kumpulan mereka iaitu Kumpulan Penyiasat Muda sebelum kemunculan Ai Haibara. Di samping itu, Ayumi jatuh hati kepada Conan dan keadaan ini telah membuatkan Conan tidak selesa kerana dia menyukai Ran. Ayumi juga mudah menangis setiap kali apabila dia merasa cemas.

Kumpulan Berbaju Hitam:

Kumpulan Baju Hitam ini dianggotai oleh Gin, Vodhka, dan beberapa individu lagi yang bertanggungjawab ke atas organisasi ini. Gin merupakan seorang ahli yang mempunyai pangkat dan kedudukan di dalam organisasi. Selain itu, Gin merupakan seorang yang pintar dan tangkas membuatkan dia sukar ditangkap. Malah, dia juga seorang pembunuh yang kejam dan tidak pernah mengingati muka orang yang dia telah dibunuh. Manakala, Vodka pula merupakan orang bawahan Gin dan sering yang memangilnya "Abang" atau "boss". Mereka berdualah yang bertanggungjawab membuatkan badan Shinichi Kudo mengecil. Namun, mereka sendiri masih belum mengetahui perkara tersebut.

5.2) Pakaian:

Di dalam episod ini kita dapat melihat setiap watak memakai pakaian yang jenis yang hampir sama.Bagi watak lelaki mengenakan kot, kemeja, bertali leher, seluar pendek dan kasut. Cara berpakaian ini dapat dilihat melalui watak Sinichi Kudo atau Conan Edogawa, Mouri Kogorou dan watak lelaki lain.

Bagi watak perempuan pula, watak-watak ini dilihat mengenakan blaus, t-shirt, skrit, seluar pendek, baju sejuk, dan berkasut. Cara berpakaian ini dapat dilihat daripada watak Mouri Ran dan Yashida Ayumi.

Walaupun cerita Detective Conan merupakan sebuah cerita animasi Jepun tetapi didapati di dalam episod ini memperlihatkan bahawa terdapatnya pengaruh Barat di dalam cara berpakaian watak-watak di dalam episode ini. Justeru itu, masyarakat Melayu yang melihat cerita ini, akan melihat cara berpakain sedemikian dan kemungkinan timbul perasaan ingin mencuba berpakaian sedemikian seperti mengenakan pakaian seperti seluar jeans, seluar pendek, kot, t-shirt dan sebagainya.

5.2) Peralatan:

Di dalam episod ini, di dapati kebanyakan peralatan yang digunakan oleh watak-watak merupakan peralatan seharian, peralatan penyiasatan, dan peralatan jenayah. Penggunaan peralatan ini bersesuaian dengan jalan penceritaan dan kehidupan watak-watak. Antaranya peralatan yang digunakan ialah pistol, tali, pisau, pil racun, peralatan sains, gari dan sebagainya. Bagi peralatan sains, kita dapat lihat melalui watak Prof. Agasha yang banyak menggunakan peralatan sains seperti tabung uji, buret, picagari dalam mencipta peralatan baru. Contoh peralatan yang telah dicipta ialah sayap untuk terbang bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan membantu Shinichi menyelesaikan sesuatu kes.


Melalui episod ini, kemungkinan akan memberi kesan kepada penonton Melayu untuk cuba melakukan inovasi dan penciptaan. Seperti mana di dalam episod ini, penciptaan sesuatu alat amat penting bagi memudahkan segala aspek kehidupan dilakukan dengan baik, teratur dan tersusun. Penciptaan sains dan teknologi mampu mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan taraf sesuatu masyarakat serta meningkatkan tahap mobaliti sosial dan memperkembangkan interaksi diantara sesuatu kelompok masyarakat.

5.3) Latar Tempat dan Masa:

Cerita Detective Conan ini merupakan sebuah cerita daripada negara Jepun. Oleh yang demikian, di dalam episod ini, latar tempat yang ditunjukkan adalah berlatar belakang negara Jepun. Seni bina di tempat-tempat ini jelas memaparkan adanya kebudayaan Jepun di dalam cerita ini. Antara tempat-tempat yang telah ditunjukkan ialah di Taman Permainan Taman Tropika, Rumah Ran, Makmal Prof Agasa, restoran, dan kedai runcit. Manakala latar masa pula memaparkan peredaran masa 24 jam dalam sehari. Hal ini kerana, di dalam episod ini ada mengambarkan masa siang dan malam.

5.4) Bahasa :

Disebabkan cerita Detective Conan ini telah dihasilkan oleh seorang pengarah daripada negara Jepun iaitu, Gosho Aoyama. Maka, cerita ini telah menggunakan bahasa Jepun sepanjang jalan penceritaan. Pada permulaan cerita ini, cerita ini hanya ditayangkan di Jepun. Namun, selepas berlakunya pertembungan budaya dan jalinan hubungan globalisasi terjalin, cerita Detective Conan ini telah memasuki pasaran masyarakat Melayu. Di daripada sini, sesetengah masyarakat Melayu yang meminati cerita ini akan cuba memahami dan terpengaruh dengan bahasa Jepun. Keadaan ini akan meningkatkan tahap pemikiran dan pengetahuan mereka tentang bahasa Jepun. Cerita Detective Conan ini juga telah diolah bahasa kepada bahasa Melayu bagi memudahkan masyarakat Melayu memahami cerita tersebut, terutamanya golongan kanak-kanak.

6.0) Kesan Budaya Global Daripada Episod Ini:

6.1) Kesan Positif:

6.1.1 Kuat Berusaha:

Budaya kuat berusaha merupakan satu budaya dan perbuatan yang mulia. Budaya kuat berusaha ini amat digalakkan dalam setiap bangsa,masyarakat dan etnik. Di dalam episod ini, budaya kuat berusaha dapat dilihat daripada watak Prof Agasa yang gigih berusaha dan rajin menjalankan pelbagai kajian. Sekiranya gagal, dia akan cuba lagi sampai berjaya. Prof Agasa tidak mengendahkan ejekan, sindiran dalam menghasilkan ciptaannya. Hal ini kerana baginya, sekiranya dia berjaya menghasilkan sesuatu ciptaan yang baru, ini akan memberikan kepuasan kepadanya. Justeru itu, Prof Agasa mempunyai semangat yang tinggi dan kuat berusaha dalam setiap pekerjaannya.

Melalui perwatakan Prof Agasa yang tidak mengenal penat lelah, tidak mudah menyerah dan kuat berusaha , telah memberi kesan kepada penonton, yang mungkin terdiri daripada masyarakat Melayu supaya kuat berusaha dalam setiap pekerjaan dan tidak berpeluk tubuh sahaja. Budaya kuat berusaha ini amat penting kerana sesuatu bangsa yang berjaya, merupakan bangsa yang kuat berusaha dan tidak mudah menyerah sebelum berjuang. Keadaan ini telah berjaya mendidik dan menyemai sikap kuat berusaha dalam kebudayaan masyarakat Melayu bagi meningkatkan kebudayaan Masyarakat Melayu.

6.1.2 Menghormati Orang Tua:

Di dalam setiap kebudayaan, peradaban sesuatu masyarakat, sikap dan budaya menghormati orang yang lebih tua sering kali ditekankan dalam setiap diri individu yang berada di dalam kelompok itu. Keadaan ini jelas mengambarkan bahawa sikap menghormati orang tua penting dalam aspek kehidupan bermasyarakat. Di dalam episod ini, kita dapat lihat budaya menghormati orang tua melalui watak Yashida Ayumi, Kojima Genta, Tsuburaya Mitsuhiko sangat menghormati prof Agasa. Semasa bercakap dengan Prof. Agasa mereka menggunakan bahasa yang lembah lembut, nada suara tidak nyaring dan mereka sopan santun dan tunduk hormat setiap kali berjumpa dengan prof.Agasa. Keadaan ini jelas memperlihatkan adanya budaya menghormati orang tua di dalam episod ini.

Melalui perlakuan budaya menghormati orang tua yang dipaparkan melalui babak ini, Babak ini mampu menyemai budaya menghormati orang tua dalam masyarakat Melayu. Hal ini kerana, di dalam masyarakat Melayu budaya menghormati orang tua juga amat ditekankan. Malah melalui jalinan kemesraan di antara orang muda dan orang tua, disebabkan budaya menghormati orang tua ini. Wujud pepatah Melayu, iaitu “yang tua dihormati dan yang muda disayangi”. Pepatah tersebut jelas mengambarkan bahawa di dalam kebudayaan Melayu sikap menghormati orang tua amat ditekankan dan dititikberatkan dalam kehidupan seharian mereka.

6.1.3.Bercita-Cita Tinggi:

Bagi menjadikan diri kita sebagai seorang yang berjaya di dalam kehidupan dan setiap urusan yang dijalankan. Kita mestilah memiliki sikap, tingkah laku yang mencerminkan budaya bercita-cita tinggi. Budaya bercita-cita ini juga kita dapat lihat daripada episod ini melalui watak Shinichi. Shinichi merupakan seorang watak sangat bercita-cita dan berazam untuk menjadi seorang penyiasat yang berjaya. Bagi merealisasikan impian dan cita-citanya untuk menjadi seorang penyiasat yang berjaya. Beliau telah melakukan pelbagai usaha dan gigih. Dia tidak merasakan jemu terhadap sesuatu kes, bahkan dia berasa lebih teruja untuk menyelesaikan sesuatu kes. Keadaan ini jelas memperlihatkan bahawa Shinichi merupakan seorang watak yang kuat berusaha.

Perbuatan dan tingkah laku yang telah ditimbulkan oleh watak Shinichi ini telah memberi kesan dan pendidikan kepada penonton, terutama masyarakat Melayu. Kami mengatakan mampu memberi kesan kepada masyarakat Melayu kerana kami hanya membincangkan pengaruh episod ini terhadap masyarakat Melayu. Daripada babak ini, telah mendidik masyarakat Melayu supaya mesti mempunyai cita-cita yang tinggi dalam kehidupan, agar tahap tamadun masyarakat Melayu dapat berkembang. Cita-cita ini mesti disertai dengan usaha,supaya tidak menjadi angan-angan Mat Jenin. Seseorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi akan mampu mengubah sesuatu perkara itu menjadi sesuatu yang baru dan tidak berada di tahap yang sama. Ini memperlihatkan pentingnya budaya kuat berusaha dalam masyarakat.

6.1.4 Berdikari:

Budaya berdikari amat digalakkan kerana budaya berdikari ini mampu mematangkan seseorang individu dan mereka tidak mudah bergantung dan mengharapkan pertolongan daripada orang lain. Budaya berdikari ini akan menjadikan mereka lebih tabah, yakin, dan bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang telah dibuat oleh mereka. Melalui episod ini, kita dapat lihat adanya budaya berdikari melalui watak Yashida Ayumi, Kojima Ghenta, Tsuburaya Mitsuhiko. Keberdikarian mereka terlihat semasa peristiwa mereka pergi sendiri ke Taman Tropika tanpa ditemani oleh keluarga. Kanak-kanak seusia mereka dan masih bersekolah rendah, namun tidak takut pergi ke tempat yang ramai orang secara bersendirian. Keadaan ini jelas memperlihatkan mereka tidak memerlukan bantuan daripada orang lain, mereka boleh buat sendiri kerana mereka menanamkan budaya berdikari di dalam diri mereka.

Peristiwa dan tingkah laku yang dipaparkan oleh watak ini mampu mendidik masyarakat Melayu supaya berdikari dalam setiap urusan tanpa mengharapkan bantuan. Budaya berdikari ini mampu membaiki tahap dan corak pemikiran masyarakat Melayu supaya tidak terikat dengan sesuatu sehingga mampu membataskan pemikiran mereka. Malah sesorang yang berdikari mampu menyesuaikan dirnya dalam setiap aspek dan keadaan. Hal ini kerana, mereka sanggup berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

6.2) Kesan Negatif:

6.2.1 Dendam:

Hitomi yang merupakan bekas kekasih Kishida telah merancang pembunuhan Kishida semasa berada di atas roller coaster akibat daripada perasaan dendamnya, lantaran dipermainkan oleh Kishida. Dendam merupakan sesuatu yang buruk, dan sekiranya masyarakat Melayu terpengaruh akan mengakibatkan berlakunya perbalahan dan permusuhan dalam masyarkat Melayu. Mampu membantutkan perkembangan kebudayaan Melayu yang mementingkan kesopanan dan ketatasusilaan.

6.2.2 Pergaulan Bebas:

Aiko tanpa segan silu berpelukan dan saling berbalas ciuman dengan Kishida, walaupun berada di tempat orang ramai. Malah Aiko juga memakai pakaian seksi sehingga menampakan bentuk tubuhnya. Sekiranya budaya ini diserap dalam kebudayaan masyakat Melayu, ini akan menyebabkan berlakunya satu perubahan yang buruk. Sehingga maksiat di depan mata tidak mampu halang dan membolehkan generasi muda terus hanyut dalam budaya negatif pergaulan bebas ini.

7.0) Kesimpulan:

Adegan, watak, pakaian, dan sebagainya memberi pengaruh kepada penonton, terutamanya masyarakat Melayu. Namun, kita tidak boleh melihat kepada cerita yang dikaji ini semata-mata yang menjadi punca berlakunya sesuatu pengaruh kerana masih terdapat banyak lagi faktor lain yang menjadi punca pengaruh sesuatu budaya itu tersebar dan memasuki budaya Melayu. Animasi juga mampu mempengaruhi sesuatu kebudayaan masyarakat sehingga sesuatu cerita itu menjadi ikutan. Sesuatu masyarakat tidak semestinya mengambil sepenuhnya kebudayaan masyarakat lain disebabkan faktor keagamaan, kekangan politik, kekurangan peralatan sains dan teknologi, dan lain-lain. Ini kerana, perubahan sesuatu aspek atau bidang akan mempengaruhi bidang yang lai juga menyebabkan sesuatu budaya lain atau kemodenan itu sukar diterima sebagai salah satu budaya sekiranya aspek lain tidak berubah, di samping pemikiran masyarakat yang berbeza mengikut sesuatu budaya.