Nama glamour

Followers

Selasa, 18 Januari 2011

Segmen Terjah Aku Jawab Ler…

As-SaLaM….

About myself

Dilahirkan pada 3.8.1989, di sebuah kampung bernama Kampung Belukar, Bukit Marak, Bachok, Kelantan. Memandangkan pada suatu masa dahulu terdapat kesukaran tuk’ ke Hospital, aku dilahirkan di rumah dengan bantuan bidan kampung dan jururawat klinik desa. Alhamdulillah masih hidup sampai sekarang.

Hari-hari berlalu dengan begitu pantas, pejam celik, pejam celik dah umur 22, hu3..dah smkin mningkat dewasa. Pelbagai cabaran dan ujian telah dihadapi dan sekarang ini masih belajar dan kalau ada rezeki dapatlah kerja yang elok dan sesuai.

Pasal diri ni, hanya sekadar lelaki biasa dan dalam hati sentiasa usaha nak baiki diri. Seorang yang tak banyak cakap dan pemalu lebih2 lg dgn wanita mgkn krn sifat dan kehendak agama. Kalau orang tu mesra, insya’Allah mudah mesra dan dapat berkawan dengan elok.

Pentingkn kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan. Setiap hari nak ubah diri ke yg arah lbh baik dlm mncari keredaan Allah. Insya’Allah nak jd orang yang baik dan disenangi ramai…amin…

nak tahu lagi kena kenallah, bak kata pepatah Melayu,

“Tak kenal maka tak cinta.”…J

Sosial Networking

Masa kecil hingga sekolah atau dalam tingkatan 5, jarang fikirkan tuk bersosial ni, lebih2 lagi dunia Malaysia baru nak maju. Sebelum ni tak kenal apa benda internet, yahoo messangger, chating, n lain2. Handphone pun masa tingkatan 6 baru mula guna tuk kperluan. Setakat tuk kbaikan, namun disebabkan tulh mula nak bersosial lebih2 lagi terjebak ke alam percintaan…

Biasalah alam remaja yang penuh cabaran yang baru nak kenal. Tapi sekarang ni dah mula kenal e-mail, chat, yahoo messangger, dll.. dan facebook yang tercipta ni mmudahkan lagi prhubungan sosial, klau dulu minta no. tel. tapi skrn g ni search jer dalam internet atau add friend dlm facebook dah pun dapat brhubungan.. begitulah yang berlaku pada setiap orang hingga sampainya dunia yang semakin maju dan canggih..

Kenangan Pahit/Manis

kenangan manis

Bagi manusia, kenangan yang manis mesti diletakkan pada saatnya bersama keluarga. Kalau tak mungkin seseorang itu ada masalah. Kalau dalam konteks agama, kenangan manis tu adalah cabaran yg dihadapi dalam hidup kita yang akhirnya terbukti dan terjadinya satu kepastian setelah menjalankan proses berusaha. Contohnya, suka duka dalam belajar di sekolah yg mmg byk cabaran. Seronok bersama teman dan ada kerja rumah, aktiviti, bersama guru2, dll.

Di samping itu setelah datangnya ujian cinta yg baru nak kenal. Walaupun dah berlalu dan mgkn tiada jodoh lg, tapi telah trciptanya kenangan tu tuk dijadikan ingatan. Dari situ ada pengalaman dan pengajaran yg tak mungkin lagi kita dapat. Memandangkn umur smkin mningkat, kita pun smkin mninggalkan alam remaja apatah lg dunia kanak2, jadi kita akan jadikn cabaran yg dihadapi sebelum inilh kenangan paling manis buat kita, lebih2 lg dlm mnerima ujian drpd Allah S.W.T.

Kenangan Pahit

Kenangan pahit ni mungkin ada tanpa disedari, dulu adalh masalah dalam keluarga. Bagi manusia biasa, kenangan pahit tu juga berupa ujian seperti kesakitan, kematian tau kehilangan orang tersayang, kena tipu , kena buli, dan sebagainya. Susah nak bgthu pasal kenangan pahit ni, cuma yang pahit itu dah aku jadikannya kenangan manis, tuk dapatkan kemanisan iman (Halawatul Iman) dalam menempuh ujian hidup. Yang buruk jadikan pengajaran tuk mengajar kita erti kehidupan yg sebenar…

Dah Berapa Lama Blogging

Mula start disebabkn tertarik dengan blog kawan. Aku ni takdalh pandai sangat nak buat blog. Tapi aku suka mencuba dan edit2 sesuatu, sein gat aku dalam bulan Mei tahun 2010 aku start buat. Tapi lepas pada tu, aku yg xreti ni pandai2 ajar kawan hinggakn aku stop jap, tapi dia smkin aktif..he3.. namanya Edi Farid..mungkin kerna kekangan masa dan takda idea langsung tuk mnulis hinggalh kawan aku main tag2 n jawab soalan camnilh aku mulai menulis dan berkarya. Mungkin berusaha nak abadikan kenangan tu dlm bentuk tulisan tuk dibaca umum tapi aku jarang dedahkn blog ni mungkin rasa banyak kurang. Sekarang ni barulh aku terbuka sikit dan nak semua orang kenal blo g ni kerna aku menulis hanya lahir dari Hati ke Hati.

Pengalaman Semasa Blogging

Tak banyak dan mungkin xda pngalaman cuma dapat kongsi sesuatu dan dengan blog ni, aku dapat menulis apa yang ada dalam fikiran dan hati ni lebih2 lagi tuk sampaikan tau luahkan perasaan dengan jujur dan ikhlas…Rasanya itu sahaja dan kerna penulisan nilh aku mulai menciptaPENGALAMAN”.

Terima Kasih….:)

2 ulasan: