Nama glamour

Followers

Rabu, 12 Januari 2011

Tag~special~award~



As-Salam…

“Sesungguhnya, dunia itu hanyalah keindahan semata-mata, dan sebaik-baik keindahan adalah wanita solehah.” (Riwayat Muslim)




Terima Kasih kepada

Mimi Sya kerana sudi bagi award ni..hu3..walau bagaimanapun, bila ditanya cuba untuk jawab

seikhlas dan sejujur yg mungkin.

> 4 ciri wanita idaman untuk dijadikan isteri <

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kedudukannya atau keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”

Rasanya dah cukup 4 dalam hadis tu…he3, tapi sebagai manusia biasa, kita ada impian tersendiri dalam mencari pasangan atau teman hidup kita, bukan hanya wanita yang dambakan seorang lelaki idaman, tetapi lelaki juga impikan perkara yang sama.

1. Kecantikan di mataku... Maksud kecantikan ini bukan soal orang yang pandang wajahnya yang cantik sahaja tetapi untuk diriku, seseorang wanita yang aku rasakan cantik, dan ingin mengenalinya atau dengan kata lain ada rasa suka dan cinta…Biar buruk pada mata orang lain, namun cantik pada mataku yang dilihat berdasarkan ketenangan hati. Sesuatu yang baik akan membuatkan hati kita tenang, andainya orang yang aku inginkan itu rasa tidak tenang dan tiada perasaan, mungkin susah untuk terima. Kuharapkan, cantik bukan hanya rupa paras dan fizikal tetapi hati pun cantik…

2. Kejujuran dan keikhlasan…

Mengikut pengalamanku, selama ini aku seringkali cuba ikhlas dan jujur dalam perhubungan..pendek kata, semua kisah silamku dan kekurangan diri diberitahu.. Mungkin seseorang itu sudah jujur, namun masih belum cukup disebabkan masih ada lagi rasa was-was dalam hati…Kalau seseorang itu ikhlas pada kita, sudah tentu orang itu akan jujur..Insya’Allah akan kekal sesuatu perhubungan itu…J

3. Berusaha berubah ke arah kebaikan...Kebaikan sememangnya diimpikan oleh setiap orang. Cukuplah bagiku seseorang itu dapat mengingatkanku kepada Allah S.W.T. dan dapat juga aku sama-sama dengannya dalam mencari kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Orang yang beristiqamah dan selalu ingin berubah ke arah kebaikan setiap masa adalah lebih baik daripada wanita yang sudah ada ciri-ciri kesolehan tetapi tidak beramal dan sukar untuk berubah. Yang penting sama-sama berusaha berubah, jika aku leka, dia mengingatkanku kepada Allah..Insya’Allah.

4. Faham dengan kekurangan dan hakikat diriku…Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, oleh itu sesuatu yang kurang itu perlu diubah dan andai betul-betul ditakdirkan sukar untuk diubah, cukup sekadar dapat menerima seadanya…

“Terimalah..seadanya, akulah hiasan pelamin hidupmu..”

*yang lain-lain seperti biasa yang diharapkan dari seorang lelaki kepada seorang wanita di dalam sebuah alam rumah tangga yang dambakan kebahagiaan dunia dan akhirat sana.

Tips untuk kekalkan hubungan dengan pasangan:

Tips dapat jodoh blh? He3..hurm, bagiku yang penting untuk kekalkan sesuatu hubungan itu tidak kira pasangan atau teman adalah 1.KEJUJURAN dan 2.KEIKHLASAN. Kedua-duanya amat penting walaupun ada kalanya ada sesuatu perkara perlu dirahsiakan tapi andainya perkara dirahsiakan biasa mengguris hati, baik dijawab dengan jujur, sakit dahulu adalah lebih baik dari sakit pada kemudian hari kerana kepastian yang tiada kejujuran dari awal lagi adalah amat perit. Bila berlakunya barulah terasa sukar…

3. Yang penting juga dalam membina hubungan yang baik adalah “hati-hati dalam menjaga HATI. Hati sememangnya raja dalam tubuh badan kita, kalau dijaga dengan sebetulnya dengan perkara yang tidak merosakkan hati, Insya’Allah semua orang yang dekat dengan kita akan sentiasa mendampingi kita, namun andainya seseorang itu masih tidak faham, usah bersedih kerana mungkin orang itu bukanlah seseorang yg jujur dan ikhlas.

Walau bagaimanapun, kesemua sifat perlu difahami dengan teliti berlandaskan ajaran ISLAM kerana agama sememangnya penting dalam setiap urusan di dunia, lebih-lebih lagi dalam menciptakan kedamaian dan ketenangan dalam sesebuah perhubungan..

Pernah ada terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta?

Kalau nak cari boleh jer dan banyak jer ada, cuma yang penting berdoalah seperti biasa lebih-lebih lagi selepas solat dan lakukanlah solat hajat minta petunjuk. Sebelum ini memang pernah terjumpa tetapi ntah boleh percaya ke tidak, lagipun banyak cara lagi untuk usaha. Mungkin boleh dilakukan sebagai ikhtiar dan yang penting kita sandarkan harapan itu lebih kepada Allah….

Namun, ada sesekali aku sering amalkan doa ini:

Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Bermaksudnya:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

*Dibaca sebanyak 3 kali dan diusapkan pada wajah. Memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. Apa yang penting adalah tujuan yang dilakukan hanya untuk kebaikan. Wallahua’lam bissawab…J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan