Nama glamour

Followers

Jumaat, 7 Januari 2011

Ujian CINTAku…

As-Salam...

Manusia sememangnya tidak dapat lari dari segala ujian yg diberi oleh pencipta kita, ALLAH S.W.T. Namun, ada yg tidak dapat menerima ujian dengan hati yg tenang, sedangkan ujian yg menimpa diri itu adalah satu kurniaan yg tidak terhingga kpd kita…Cuba kita renung sejenak, berapa ramai umat manusia sering diberikan nikmat yang melimpah ruah kepada mereka dgn tidak sdkt pun mndapat ujian berupa kesengsaraan sdngkn orang yang beriman sentiasa diuji dengan pelbagai ujian. Hakikatnya, Allah tidak menguji kita dengan hanya kesengsaraan dan kegagalan tetapi secara tdk sedar, orang yang mendapat nikmat dan rezeki itu juga dianggap ujian krn Allah ingin menguji sama ada hamba-Nya bersyukur atau tidak. Jika terlalu sombong serta angkuh, maka nikmat tersebut adalah sia-sia. Sesuai dengan firman Allah S.W.T:

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”(Al-Anbiya’: 35)

“Adapun manusia apabila Rabbnya mengujinya, lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: ‘Rabbku telah memuliakanku.’ Adapun bila Rabbnya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: ‘Rabbku menghinakanku.’ Sekali-kali tidak (demikian).”(Al-Fajr: 15-17)

Begitulah yang terdapat dalam kitab suci Al-Qur’an. Namun, kita juga seringkali diuji dengan hadirnya rasa CINTA di jiwa. Sedar tdk sedar, tanpa disedari wujud perasaan itu walaupun beberapa kali kita cuba mengelak. Cinta datang ibarat hujan, tidak tahu bila akan muncul walaupun mendung di langit, jangan disangkakan hujan, walaupun langit yang cerah, namun tiba-tiba akan terjadi juga hujan panas.

“CINTA adalah HATI dan PERASAAN.”

Sebagai manusia, hadirnya tidak dapat dielak lagi, namun sebagai manusia yg kerdil dan hina, seringkali rasa berdosa dengan kehadiran cinta tersebut. Ingin dipendam namun tetap terluah. Mungkinkah hadirnya cinta itu satu kesalahan? Cuma, bagi diriku, apa yang diharapkan bukanlah Cinta Couple atau seumpamanya, yang kuharapkan cinta berlandaskan keimanan… Persoalannya, adakah cinta sebegitu? Mampukah aku? Manusia yang bernama LELAKI diuji dengan godaan kaum wanita. ALLAH S.W.T. berfirman :

“Telah dihiaskan kepada manusia kecintaan akan hawa nafsu berupa wanita, anak, berpikul-pikul harta benda berupa emas dan perak,kuda pilihan(kenderaan),binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia,padahal ALLAH memiliki tempat kembali yang baik”(Al-Imran :14).

Bagi kaum lelaki, ujian terberat adalah kaum wanita. Nabi S.A.W. bersabda :

”Sepeninggalanku, tiadalah ujian yang paling berbahaya bagi kaum

lelaki kecuali golongan kaum wanita”(H.R. Bukhari).

Sebenarnya, disebabkan aku lelaki , sudah tentu hadirnya cinta dalam diriku dan sentiasa menerima ujian. Kalau bercerita mengenai pengalaman tidaklah terlalu banyak, namun seringkali terjadi dan mudah sangat untuk jatuh cinta. Kalau ingin diceritakan mungkin dapat hasilkan satu novel. Walau bagaimanapun, semua yg telah aku alami mengajarkan erti kehidupan yang sebenar. Hidup ini bukan bertujuan mencari cinta dunia, nmun ada cinta yang kekal abadi dan hakiki.

Sebelum ini, sudahku terluah perasaan itu. Wanita ibarat bidadari, namun setiap kali cuba mengelak, cinta itu terus datang, bila cepat datang, cepat pula ia pergi. Semuanya tiada kaitan untuk mengaibkan seseorang, tapi cukup sekadar pengajaran buatku.

Ujian Pertama:

Cinta datang sewaktu zaman persekolahan.

Rasa bahagia dan ceria. Semangat utk belajar timbul scara tiba2. Muncul krn aktiviti bersama di sekolah dan gosip oleh teman2. Namun, jarang bercakap dgn si dia mmbuatknku sukar utk luahkan serta pemalu. Dgn bantuan kwn2 juga dpt luahkn.

Peristiwa lucu dan mgkn romantik adlh surat drpdku kpd si dia mnyatakn hasrat ingin brkenalan dan brteman. Diletakkan sekali hasil kekreatifan aku mnghasilkan nama drpd benang warna yg disulam dengan benang boleh dibuat penanda buku dan gantung di beg atau kotak pensil. Itu shj yg trmampu utk aku beri. Faktornya, si dia tiada telefon dan aku pun kdg2 jer guna, maklumlah bukan berasal drpd golongan kaya raya dan faktor lain utk tiada gangguan sewaktu belajar.

Gembira krn surat diterima dan ada hasilnya dan smkin mesra ttp skdr dlm hati dan senyuman di bibir. Stlh mmasuki hari2 smkin dkt dgn peperiksaan SPM, hati semakin resah utk “study” krn SPM juga masa dpnku bukan hanya cinta. Alhamdulillah dpt juga kputusan yg baik dan ditawarkan utk ke UiTM, Alor Gajah, Melaka. Ttp ditolak dan sambung “study” di tingkatan 6. Mungkin jodoh masih di sekolah dan ingin mencuba sekali lagi dgn STPM.

Perasaan hilang begitu shj mgkn krn trputus hubungan dan bukan cinta sbnrnya, hnyalah cinta monyet. Namun tlh mngajarku erti kehidupan. Ada rasa rindu, syng, duka, sedih, dan sgl macam perasaan. Brsyukur juga walaupun smntara tapi penuh makna dan kenangan. Skrng brtemu dlm “facebook” dan ada haluan hidup masing2, skdr bertanya khabar sbgai kwn dan tdk lbh dari itu lagi..:)

Ujian Kedua:

Masih di alam persekolahan.

Masa tingkatan 6 Rendah jumpa seseorang yg rasa sesuai ttp msh tdk dpt luahkan. Hanya pendam perasaan dan rasa banyak kekurangan. Si dia ada asas agama dan mungkin juga terjatuh krn kecantikan dirinya. Aku semakin terleka dan rasa resah krn dirinya tdk sperti yg kuharapkan. Sewaktu cuti sblm brmulanya 6 Atas, aku brdoa dan solat hajat stp hari agar dpt brtemu dan luah kpdnya hasrat hati ini. Paling sedih krn dia mungkin akan meninggalkan alam persekolahan lbh awal disbbkan menerima tawaran yang lain.

Akhirnya, si dia tdk jadi pergi. Sempat juga brtemu dlm aktiviti luar dan pada masa itu barulah dpt tahu yg dirinya sudah ada yg brtakhta di hati. Hati makin gelisah dan tdk tenteram. Stlh mngetahui yg si dia sering trpengaruh oleh teman istimewanya atau “pakwe” nya. Aku rasa kesian melihat dirinya yg terleka. Aku ingatkan yg aku ini trleka krn dambakan cintanya, rupa2nya dia mgkn lbh trleka dambakan cinta yg lain yg telahpun dimiliki. Sedih sekali melihat perkara itu sehinggakn aku sedar diriku perlu usaha utk sdrknnya. Bukan tujuan ingin rosakkan hubungan orang lain tetapi baik ke kalau cinta tu penuh dgn perkara yg dilarang Allah?

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu

perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” [Al Israa' 32] ...

Aku bukan ustaz, bukan imam negara, atau alim ulama tapi aku manusia biasa yg cintakan kebenaran. Aku sering disalahtafsir oleh si dia dan teman2nya yg mengatakan aku ni sengaja sibuk dan ingin campur urusan orang lain. Masalahnya, ini bukan hal rumah tangga orang krn mereka msh blum berkahwin dan si dia teman aku. Syukur ada juga yg faham tujuan aku. Aku cuma ingin tgk orang yg aku sayang bhgia bukan di dunia tp di akhirat. Kebaikan mmg jrng orng suka dan seringkali disalah tafsir ttp aku tdk kisah dan tdk putus asa. Smkin hari ada jer aku gaduh dgn dia wlaupun dia fhm dan sedar. Aku tdk pernah nak musnahkn kbhgiaan orang tp ingin mmberikan kbhgiaan skdr yg aku mampu.

“Akanku bimbingmu skdr yg kutermampu,

mnyemai iman dan mnuai takwa,

biar tak brtemu di gerbang mahligai cinta,

cukuplh skdr teman yg biasa….”

Paling aku tdk suka apabila dgr cerita yg bukan2 pasal si dia dan aku tdk kisah dgr crita pasal “pakwe” dia ttp aku hrp dia yg brubah dahulu dan mgkin dpt ubah “pakwe” dia nanti. Jangkaanku mgkn meleset krn wanita smemangnya mudah trpengaruh dgn lelaki, dan tdk dpt dinafikan lagi. Aku tahu sukar utk dirinya brubah dan btl2 fhm krn melibatkan dua pihak dan libatkn hati juga perasaan. Aku juga tahu dlm hati kecilnya sedar dan fhm krn sblm ini aku ok dan baik jer dgnnya dan klau dlm SMS a tau dlm kelas takdalh smpai selalu brmasam muka. Dirinya juga ada hati dan perasaan juga sifat malu sbgai wanita. Aku cuba ingin prtahankn maruah dirinya dan sanggup tunggu andai dirinya berubah nanti sehinggakan setelah habis peperiksaan STPM dan ditawarkan ke Universiti pun, aku tetap tak lupa janji tu.

Seringkali trpengaruh dgn telemovie “See You Di IPT”, lakonan artis nasyid UNIC yg mmaparkan alam persekolahan yg diuji dgn khadiran cinta. Dan watak dlm cerita trsebut akhirnya sedar yg cita2 pling pntg dari cinta dan semangat utk belajar demi ingin jumpa orang yg disukainya itu di IPT. Lagu See You Di IPT-UNIC sering aku dgr dan sempat juga bagi kpdnya.

Walaubagaimanapun , janjiku trhenti setelah hmpir satu semester di Universiti. Aku mulai sedar yg alam persekolahan hanyalh dugaan yg kecil dan mungkin ada hikmah. Patah tumbuh hilangkan brganti. Aku sanggup tunggu andai dirinya berubah ttp aku putuskan janjiku krn diri sendiri tdk ingin brubah.

“Sesungguhnya Allah tdk akan mngubah nasib sesuatu kaum itu

mlainkan diri mereka sndiri yg mngubahnya.” (Q.S.Ar-Ra’d:11)

Mungkin krn aku faham ungkapan yg seringkali disampaikan bahawa, Allah akan temukan kita dgn orang yg salah sebelum menemukan kita dgn orang yg btl2 sesuai dan tepat dgn kita. Lagipun, aku rasa dirinya terlalu sukar utk berubah. Semoga dirinya sedar dan berubah demi masa dpnnya bukan dunia ttp akhirat jua. Begitulh brakhirnya cinta itu…skrng ni hanyalah skdr teman dan bertanya khabar. Entah ler, aku dengar mungkin dia ada krisis dan masalah dgn “pakwe”nya itu skrng ni, status dlm “facebook” pun “berpisah” tapi aku tdk kisah krn aku dah rasainya dan bermula episode baruku di UNIVERSITI…

Ujian Ketiga:

Alam Universiti.

Hatiku kembali tenang stlh mula mngenali seseorang di U. Si dia pun smkin ok dan senang berkawan dgnku shinggakn wujud perasaan tu. Mungkin selalu tolong menolong, satu negeri, dan satu fakulti. Kerana kecanggihan teknologi, sifat pemaluku itu tidak menjadi masalah. Walaupun tidak bercakap dengannya, aku luahkan dan sampaikan salam cintaku melalui SMS. Jawapannya seperti sudah faham namun dia merasakan dirinya tidak layak untukku dan aku fikir dia begitu jujur menyatakan bahawa dirinya tiada “pakwe” atau yg brtakhta di hati. Itu membuatkan aku nak sangat berusaha.

Ada aktiviti yang dilakukan bersama lebih2 lagi dlm menyiapkan tugasan berkumpulan. Hari-hariku berlalu dgn sentiasa ambil berat dan ikhlas padanya. Malangnya, kejujuran yg diberikan itu hanyalh palsu. Aku tidak faham kenapa? Sedangkan aku bertanya dan sudahpun jujur dan ikhlas. Mungkinkah dia juga menyimpan perasaan padaku tetapi tidak berlaku krn dia sebenarnya sudah ada yg bertakhta di hati? Begitulah persoalannya yg bermain di fikiran.

Kerana tiada kejujuran, maka musnahlah sesuatu hubungan. Maka, hatiku terasa tempiasnya. Aku faham keadaan dirinya tetapi aku paling tidak suka tiada kejujuran yg sejujurnya. Namun, aku tidak dpt berbuat apa2 lantaran peristiwa dahulu telah mengajarku erti perhubungan yg sebenar. Aku pun trpaksa lepaskan hatiku pergi. Biarkan ia berlalu begitu sahaja supaya hilang keresahan hati.

Secara kebetulan, pada waktu itu Kumpulan Nasyid SAUJANA dtng ke U.M. dlm satu program dan menjual album baru mereka, “Nota Cinta”. Dlm album itu ada satu lagu yg membuatkanku rasa tenang, iaitu “Patah Hati.” Lagu itu bukan seperti lagu2 lain tapi penuh makna. Walaupun begitu, demi menjaga perhubungan dgn manusia, aku tidak berdendam, malah bersyukur krn rasai ujian lagi…

Ujian Keempat:

Masih di alam universiti.

Ujian ini sedikit berbeza krn hadirnya cinta bukan krn diriku yg tertarik kpdnya tetapi hadir disebabkan kejujuran dan keikhlasan. Lantaran berlakunya fenomena penciptaan “facebook” yg smkin meluas ke seluruh dunia, dari situ juga aku dpt tahu dan knl dgn si dia. Sblm ini, aku yg mula2 berkenalan dgnnya dan lama2 kelamaan mungkin dia pun sama ingin kenal dgnku. Tetapi aku tidak terfikir pun utk orang suka pada aku.


Melihat kpd mesejnya dan tingkahlakunya, aku dapat mengetahui bahawa dia menyukai diriku. Aku masih tdk percaya krn masa beraku begitu cepat, lbh2 lagi aku baru shj patah hati. Walaubagaimanapun, aku terfikir mungkin dia jodoh aku dan aku perlu sambut cintanya. Setelah bertanya kawan2nya, ternyata dia menaruh perasaan kpdku. Aku keliru sangat2 sehinggakan aku buat keputusan utk mencuba.

Setelah menjumpainya demi mengenali dirinya, aku pun tidak kisah krn dia pun ingin tengok diriku “face to face” agar tiada kekesalan. Akhirnya, dia masih sama suka padaku, cuma aku rasa berdosa dan bersalah trpaksa terimanya. Bukan krn cinta tapi mungkin krn dia betul2 ikhlas dan jujur. Setelah itu, aku cuba hadirkan rasa cinta dan syng, namun semuanya tiada kelihatan. Aku tidak dapat rasainya dan tidak boleh menipu diriku sendiri.

Tapi aku sudahpun berpesan kpdnya awal2 agar tidak terlalu percaya pada hubungan ni dgn meletakkan harapan yg trlalu tinggi pada manusia krn harapan kpd Allah adalah yg pling baik. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Stlh masuknya tahun kedua di U, aku terpaksa juga luahkan padanya perasaan hatiku yg sebenar bahawa aku hanya menganggapnya teman biasa, dan tidak mengharapkan lebih dari itu.

Aku minta maaf sangat2 mungkin aku yg tidak layak utk dirinya. Namun, krn pesanan aku sblm ini, dia sudahpun faham dan dapat menerimanya walaupun aku tahu tentu sukar. Cuma, aku tidak mahu juga terputusnya hubungan kawan krn kami pun sama fakulti dan negeri. Sekarang ni masih bertanya khabar sekali sekala sbgi teman biasa.

Ujian Kelima:

Cintaku tetap bersambung dgn kehadiran pelajar baru atau “first year”. Begitulah ujian cinta bagi lelaki. Setelah bermulanya semester baru dlm tahun kedua di Universiti, aku banyak kenal dengan budak2 baru dlm sesuatu aktiviti. Dlm diam, aku ada tertarik kepada seseorang ni yg sama negeri dan juga fakulti tetapi malangnya si dia sudahpun ada yg bertakhta di hati. Maka, aku simpan juga perasaan itu sehingga aku bertemu dengan orang lain. (Bersambung dlm UJIAN KEENAM)

Seseorang yg aku kenal ini secara tidak sengaja dlm satu program. Pada mulanya, aku suka2 shj dengan kwnku mengatakan bhwa aku suka pd dia. Tapi entah kenapa perasaan yg main2 itu jadi betul2. Lagipun, dia memang baik dgn diriku, dan aku pun suka bila dpt tolong dia. Sehinggakan pada suatu hari, aku luahkan padanya.

Gembiranya bila dia faham hingga dia jujur dgn menceritakan kisah silamnya yg dahulunya sudah ada yg bertakhta di hati tetapi entah kenapa trputus hubungan akhirnya dan kadang2 jer bertanya khabar. Aku pun sama jujur dgnnya. Aku sememangnya mencari kjujuran dan keikhlasan dlm hubungan.

Dipendekkan cerita, sesuatu telah berlaku. Yang dulu dtng kmbali menyatakan kerinduan. Aku dapat mengetahuinya bukan krn aku minta tetapi dgn bantuan Allah. Hati mana tidak resah bila berlaku perkara tersebut. Mungkin aku cemburu sangat2 krn dia sememangnya masih menyimpan perasaan pada orang lain. Katanya sudah tiada lagi selain aku tapi bila yg dulu dtng, fhm2lah.

Aku sedih dan kecewa bukan krn perkara tersebut tapi aku kesal kerana tiada kejujuran. Aku dah pun jujur dan ikhlas, dan aku ingatkn dia pun sama tetapi tidak. Aku juga tidak kisah tiada jodoh tapi disebabkan kejujuran yg dusta itulah yg membuatkan hatiku patah. Kerana kemesraan mereka dgn panggilan manja membuatkan aku sedar yg aku tidak boleh teruskan. Inilah akhirnya…

Aku perlu jadi seperti “Camar Kelukaan” yg terluka, namun masih terus terbang setelah kembali sembuh. Sekarang, aku sudah matang dan boleh berfikir, walaupun sakit hati dan terluka. Aku teruskan berusaha. Seperti biasa, aku tidak suka simpan dendam, jadi aku tetap berkawan dgnnnya sampai skrng. Tapi kawan biasa…semoga dirinya bahagia.

Ujian Keenam/Sekarang:

Ujian ini tetap bersambung hingga skrng. Seperti yg diberitahu, sblm berlakunya ujian kelima, aku sudahpun menaruh hati pada seseorang dan dialah yg ada dlm hatiku skrng. Walaupun sblm ni dia sudah ada “pakwe” dan aku tiada peluang langsung, tapi skrng ni aku msh diberi peluang. Hu3.

Mungkin inilah yg dinamakan “jodoh dan takdir”. Aku hanya sekadar lelaki yg biasa yg bisa terleka, namun aku tidak lupa pd yg Esa. Inilah ujian yg berlaku pd diriku. Sblm ni, aku hanya pendam perasaan krn aku tahu diri ni banyak kekurangan. Lebih2 lagi mmg ramai yg suka pd dia dan aku rasa tersisih.

Sblm ni hanya mesej biasa dan entah kenapa aku suka luahkan sesuatu padanya dan dia pun suka luahkan pd aku segala masalah yg dialami. Segala kisah silamku telah aku luahkan pdnya dan dia pun sama. Kisah silam itu tidak perlulah diceritakan dan biarlah jadi rahsia aku dan dirinya.

Cuma kisah silam dirinya yg smkin hari smkin berlaku pergi itu telah menghalang aku utk meluahkan rasa hatiku. Kerana pd waktu itu, dlm masa beberapa bulan, minggu, hari, jam, atau saat, aku mungkin akan kehilangan dirinya. Tapi aku masih tidak putus asa hinggakan terus berdoa dan solat hajat meminta kepastian. Akhirnya, ternyata aku masih diberikan peluang dan dapat juga aku luahkan.

Aku tidak tahu kenapa aku suka padanya sedangkan aku jarang bertemu dan sampai hari ini, aku masih tidak dapat kenal suaranya walaupun sudah ada aktiviti bersama. Tapi tidak mengapa krn aku tidak boleh terpaut hanya pd kecantikan dan suaranya. Apa yg aku tahu, dia berusaha utk berubah ke arah lebih baik. Setiap kali terima mesej darinya mesti membuatkanku sedar dan tidak leka krn dlm msjnya ada makna dan mengingatkanku pada Allah.

Itu yg aku gembira krn slm ini, aku cuba utk buatkn orang berusaha berubah sama2 dgn diriku tetapi ramai yg tidak faham. Mungkin dia berbeza dgn yg lain, dan dia juga ikhlas dan jujur. Apa jua perkara tiada penipuan atau kepura-puraan. Setakat ini begitulh dan aku tahu ianya akan berterusan. Aku bersyukur sangat2 tapi aku smkin sedar yg “tiada cinta sblm berkahwin”.

Cuma aku mahu pertahankan hubungan ini. Aku bertekad utk tetap teruskan niat hati ini dan memiliki dirinya dgn cara yg halal. Masih byk lagi kekurangan diri yg perlu dibaiki. Aku juga akan trima seadanya krn stp kkurangan perlu diketahui agar nanti tetap ada ksempurnaan walaupun stp dari kami ada kkurangan.

Walaupun dia bukan yg pertama, tapi aku harap sgt2 yg dia akan jadi yg terakhir buat diriku buat slm2nya dan menjadi seorang “serikandi dan bidadari” dlm hidupku….biarkan masa dan takdir yg tentukan…..

Seandainya tiada jodoh untuk ke singgahsana…

Kupasrahkan segalanya…

Kerna takdir yang akan menentukan…

IMPIAN KASIH…

Begitulah ujian cintaku, sekadar berbicara dari HATI KE HATI…Semoga apa yg tertulis dpt dijadikan pengajaran. Abadikan kenangan dlm sebuah tulisan…MAAF andai terdapat kekurangan…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan